Mulanya janji nak bersanding sama sama. Tapi terkejut bila baca mesej kiriman dari wanita ini.

Kehidupan Viral

Faka tampil berkongsi kisah mengenai dirinya di TikTok sehingga tular dan meraih ratusan ribu tontonan. Sepanjang  bersahabat, pelbagai kenangan suka-duka sudah dilalui dua jejaka dari Perak ini. Menurut Muhammad Fakaruddin Ismail, 24, dia juga pernah berjanji dengan Muhd Izwan Jalil, 25, yang juga jirannya untuk melangsungkan perkahwinan secara serentak. Namun kata anggota Bomba yang mesra disapa Faka itu, dia tak menyangka rakan baiknya akan bertemu jodoh lebih awal dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

“Kami kenal sejak kecil lagi. Kami belajar di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah bersama biarpun umur dia lebih tua setahun. Memang rapat sebab dia jiran saya. Dulu kami pernah rancang nak kahwin sama-sama dan berkongsi pelamin. Kami pun sama-sama ada teman wanita. Tapi jodoh dia lebih panjang, saya pula dah putus cinta pada tahun 2019. Saya tak ada apa-apa sampai sekarang. InsyaAllah kawan saya akan kahwin pada Oktober. Jodoh dia sampai dulu, Saya gembira untuk dia, pada masa sama rasa sedih sebab dulu pernah janji nak kahwin sama-sama,” ujarnya berseloroh.

Faka (kiri) kini bekerja sebagai anggota bomba manakala rakannya, Muhd Izwan Jalil (kanan) bertugas sebagai anggota polis.

Kata Faka yang berkhidmat sebagai anggota bomba sejak tiga tahun lalu, dia sekadar suka-suka berkongsi kisah persahabatan itu menerusi bingkisan video di aplikasi TikTok. Namun katanya, dia sama sekali tak menyangka video itu akan tular sehingga meraih lebih setengah juta tontonan.

Kakak juga ada mesej kepada saya, dia kata mak nak tengok saya kahwin.

“Saya memang terkejut. Saya tak maklumkan pada kawan mengenai video itu. Saya pun tak sedar ia dah viral. Kemudian kawan saya yang nak kahwin hantar mesej, katanya dia dapat tahu dalam grup WhatsApp keluarganya. Dia gelak, kemudian dia bagi sokongan. Dia minta saya agar tak sedih. Dalam masa dua jam dapat beratus ribu jumlah tontonan,” ujarnya.

Faka (kiri) bersama Muhd Izwan Jalil (kanan) ketika zaman remaja.

Dalam pada itu kata Faka, dia terharu menerima kiriman doa dan kata-kata semangat oleh warganet di TikTok. Malah kata Faka, ada individu turut menghantar mesej dan menawarkan diri untuk menjadi isterinya. “Saya terkejut tengok komen. Kebanyakannya mesej saya bagi kata-kata semangat. Pada masa sama, ada yang offer diri nak jadi isteri. Saya tak menolak jodoh, tapi saya pun tak mencari. Kakak juga ada mesej kepada saya, dia kata mak nak tengok saya kahwin.

Faka mengakui tak sangka video dikongsi di TikTok miliknya akan tular.

“Bila mak suruh kita kahwin, maknanya dia tahu kita dah bersedia untuk ada tanggungjawab. Saya tak rasa mak saya paksa, cuma dia luahkan hasrat, mungkin dia nak menantu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu. Menurut Faka yang berasal dari Ipoh, dia yang kini berkhidmat di Slim River sememangnya meminati badan beruniform sejak dulu lagi. Kata Faka, sahabatnya itu sudah bergelar sebagai anggota polis dan kini sedang berkhidmat di Pahang.

“Dulu kami memang plan nak jadi polis. Lepas tu dia betul-betul jadi polis. Saya pula jadi bomba. Kami suka benda-benda mencabar. Memang dari kecil kami sama-sama, selalu tidur kat rumah sama-sama. Saya nak ucap tahniah kepada sahabat saya sebab dah jumpa jodoh. Selamat berbahagia,” ujarnya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.