Jiran terhidu bau busuk. Rupanya dalam diam makcik sebelah pergi menghadap illahi seorang diri.

Viral

Keadaan pandemik Covid-19 yang semakin menggila ketika ini membuatkan kerajaan mengambil inisiatif melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan yang lalu. Perkara tersebut membuatkan semua rakyat diminta duduk dirumah dan tidak ke mana-mana jika tiada urusan penting di luar. Namun, siapa sangka disebalik semua orang berhati-hati untuk tidak keluar dan bertemu seperti dulu, ada insan yang hidup keseorang sehingga menemui pemergian pun tiada siapa yang tahu.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai @capiqzahari apabila memuat naik video beberapa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga anggota bomba dan penyelamat lengkap berpakaian PPE mmcah pintu sebuah rumah selepas mendapat laporan tentang pemergian seseorang.

Apa yang menyedihkan, menurut pengguna Twitter itu, penghuni rumah berkenaan pergi menghadap illahi beberapa hari yang sudah dan penduduk di sekitar tercium bau busuk sebelum mendapati penghuni rumah itu telah pergimenghadap illahi

Menerusi ruang komen, @capiqzahari memaklumkan lokasi tersebut berlaku di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam iaitu di kawasan rumah ibunya.

Sehubungan dengan itu, beberapa warganet telah tinggalkan komen dengan memaklumkan bimbang perkara seperti ini berlaku kepada diri dan ahli keluarga. Jadi, ada sebahagian daripada mereka menasihati supaya kita semua saling bertanya khabar kepada jiran tetangga lebih-lebih lagi yang hidup bersendirian ketika waktu-waktu sukar sepeti sekarang.

Sumber: Twitter @capiqzahari