Jodoh dengan bff sendri. Terkejut bila pasangan pengantin sempat buat benda ni atas pelamin.

Viral

Berkahwin dengan kawan sendiri sudah pasti tidak pernah terlintas di fikiran sesetengah orang bukan? Iyalah, dengan kawan baiklah kita sering berkongsi masalah dan kadangkala berblah disebabkan isu remeh. Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, tular sebuah video gelagat sepasang pengan.tin baru di TikTok semasa sesi photoshoot telah jadi tumpuan ramai. Awkward kena bergambar sweet-sweet, sekali tergduh pula atas pelamin. Menerusi perkongsian video daripada @4thrhhfdz, kelihatan pasangan pengantin itu sedang bergambar di atas pelamin selepas selesai akad nikah dan pembatalan air sembahyang.

Apa yang menarik perhatian adalah mereka yang sebelum ini merupakan kawan baik dilihat sedikit kekok apabila jurugambar meminta untuk membuat aksi romantis. Pengantin perempuan sempat mencekak pinggang dan mengeluh kepada jurugambar kerana disuruh posing sweet-sweet. Malah, pasangan comel itu sempat berbalah manja semasa mereka menyarungkan cincin di jari masing-masing.

“Oh macam ni ke kalau kahwin dengan bestfriend hahaha comelnya” – Warganet. Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 391.1K views, 65.1K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua yang comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.