Kejayaan inovasi dan reka cipta pelajar Malaysia dapat perhatian pengacara terkenal James Corden.

Berita haiwan inspirasi Kehidupan Pengetahuan

KEJAYAAN pelajar Malaysia, Maryam Muzamir, 11, mencipta makanan haiwan baharu yang diproses dari sisa buangan kerangan seperti kulit udang, kerang dan siput sedut mendapat perhatian pengacara terkenal antarabangsa, James Coden.

Berita mengenai kejayaan Maryam yang menangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta di Toronto, Kanada pada Ogos lalu hasil ciptaannya itu sangat membanggakan pengacara program The Late Late Show with James Coden itu.

LOS ANGELES – SEPTEMBER 21: Alicia Keys plays Spill Your Guts Fill Your Guts on The Late Late Show with James Corden airing Wednesday, September 23, 2020. (Photo by Terence Patrick/CBS via Getty Images)

“Anda mungkin pernah mendengar tentang gadis ini (Maryam). Ia sangat luar biasa.

Maryam Muzamir adalah pelajar sekolah berusia 11 tahun dari Malaysia,” katanya
dalam petikan video yang tular di Twitter dengan 550,000 view.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan itu mencipta makanan haiwan apabila dia sering melihat banyak sisa buangan daripada restoran yang dibuang seperti kulit udang, kerang dan sebagainya,

Murid berusia 11 tahun itu teruja dan terkejut apabila dimaklumkan meraih tiga pingat emas hasil daripada inovasi berkenaan.

“Saya gembira kerana kejayaan ini menaikkan semangat dan terima kasih kepada keluarga yang memberikan sokongan,” katanya ketika dihubung Harian Metro.

Sementara itu, bapa Maryam, Prof Madya Dr Muzamir Hasan berkata, kejayaan Maryam itu pada awalnya sukar dijangkakan kerana turut disertai pelbagai peringkat usia dari 70 negara.

Bagaimanapun, beliau tetap menghantar penyertaan kerana yakin dengan inovasi yang dihasilkan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, Maryam berjaya bukan meraih satu emas, malah tiga emas pada penyertaan pertamanya di luar negara.

“Pada tahun ini dan 2020, Maryam memenangi pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX).

“Sebenarnya idea menghasilkan makanan haiwan ini kerana sering mengunjungi restoran makanan laut di sini.

“Daripada kulit udang atau siput sedut itu dibuang, sebaiknya ia dikitar semula dan dijadikan bahan makanan haiwan. Oleh itu terhasil makanan haiwan yang dinamakan YAM 2.0 ini,” katanya yang tinggal di Indera Mahkota.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.