Hafiz Suip kongsi tips kurus sampai perli warganet. Sampai ada yang beri kata negatif dengan perubahannya sekarang.

Viral

Penyanyi Hafiz Suip berkongsi tips bagaimana hendak kurus dengan mudah yang diamalkan selama ini.Kata Hafiz pemakanan adalah perkara utama dalam usaha menurunkan berat badan dan selebihnya adalah bersenam.

“Assalamualaikum semua…tips nak kurus senang je makan korang tu kena jaga laaa…kata nak kurus tapi bila time bedal tak ingat dunia.“Sebenarnya, 70% your diet and 30% your exercise trust me everyone..pastu makan dengan portion yang betul..sedap memang sedap..ingat je nak badan sedap makan tak sedap…,” katanya.

Penyanyi lagu Awan Nano itu berkongsi amalan diet itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terkininya. Dalam masa yang sama Hafiz sempat berseloroh selama ini dia sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata.“Nak badan tak sedap makan lah sesedap sedapnya. Jangan marah na korang cakap aku macam-macam tak ada aku marah…“And not to forget additional matter…makan ikut cara sunnah.. tak tahu tanya guru-guru alim ulamak dan ahli sunnah…miracle will be reveal Insya-Allah,” beritahunya. Terdahulu, perubahan tubuh badan Hafiz yang semakin susut dan kurus menjadi persoalan warganet tak cukup dengan itu, penyanyi itu turut ditvduh mengambil bahan terlarang. Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.