Tular anak kecil yang dikuarantikan di MAEPS dengan bapa. Telatah budak ini menarik perhatian warganet.

Kesihatan Terkini Viral

Umum sedia tahu, p4ndemik C0vid-19 bukanlah satu gurauan atau perkara yang perlu difikir sambil lewa kerana ramai yang telah terlibat angkara v1rus ini. Setiap hari ada sahaja khabar duka dengan lonjakan kes positif yang mencecah ribuan kes di seluruh negara. Namun, tak salah rasanya untuk kita meredakan kebimbangan tersebut dengan melihat video comel keletah seorang kanak-kanak lelaki yang dikuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang bersama bapanya.

Menerusi perkongsian yang tular, ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai @yushadz telah memuat naik aktiviti anaknya yang gemar berjalan-jalan keliling pusat kuarantin tersebut dan bertegur sapa dengan mereka yang sama-sama dikuarantin di sana. Alhamdulillah for imanā€™s day 4 at Maeps! šŸ™ŒšŸ» x nangis dah ayah kata.

Ibunya telah berkongsiĀ journeyĀ anaknya yang dikenali sebagai Iman sepanjang beberapa hari berada di MAEPS, Serdang dan mendapatĀ  jutaan tontonan dalam masa sehari sahaja. Telatahnya yang bermain di atas katil di pusat kuarantin sangat menghiburkan disamping turut diberikan makanan serta buku lukisan daripada penghuni disana danĀ frontlinersĀ yang bertugas benar-benar mencuri perhatian.

Doa ibu selalu bersama iman dan ayah.. baik2 je ye di Maeps tu. Vlogging imanā€™s day 3 at Maeps. Alhamdulillah! Sebenarnya, Iman dan ayahnya telah dibawa ke pusat kuarantin kerana positif Cov1d-19 dan dijemput oleh ambulans untuk ke MAEPS, Serdang. Ibu kepada kanak-kanak tersebut mengakui berasa sangat s3bak ketika itu dan tidak sanggup melihat anaknya yang masih kecil terpaksa berpisah berikutan disahkan positif v1rus berkenaan. Mujur bapanya juga ada bersama, jadi tidaklah terlalu bimbang akan keadaan Iman.

Namun, pada posting terbaru @yushadz, dia memaklumkan bahawa suami dan anak lelakinya sudah dibenarkan keluar dari pusat kuarantin tersebut pada malam semalam. Dapat dilihat Iman sempat melambai-lambai ke arah drone yang memantau pesakit disana. Di akhir perkongsian video-video berkenaan, pengguna TikTok itu sempat memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ahli keluarga mereka yang turut sama disahkan positif Covid-19.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang menonton video-video perkongsian yang dibuat ibu kepada kanak-kanak berkenaan turut meninggalkan komen di ruangan TikTok dengan mendoakan agar Iman dan ayahnya cepat sihat. Mereka juga mengakui berasa sebak melihat kanak-kanak kecil terpaksa dikuarantin kerana Covid-19 dan berharap agar pengguna TikTok sekeluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

Sumber : ohmymedia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.