Satu keluarga disahkan positif covid 19. Gadis ini tak sangka lambaian atas ambulans adalah lambaian terakhir untuk abah.

Viral

Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati seseorang apabila insan tersayang terutamanya ahli keluarga telah pergi buat selama-lamanya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun sebagai hamba Allah SWT kita perlu redha dengan ketentuan-Nya. Itulah yang dilalui seorang gadis ini apabila menerima berita duka bahawa ayah tercinta disahkan pergi menghadap illahi akibat jangkitan Covid-19.

Lambaian terakhir abah

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama IekaSanie telah mengundang sebak ramai apabila satu keluarganya disahkan positif Covid-19 namun siapa sangka ayahnya telah ‘pergi’ dahulu tinggalkan mereka. Difahamkan, selepas 3 hari disahkan positif Covid-19, tahap oksigen ayah tercinta semakin rendah sehingga memerlukan dirinya menjalani kuarantin di hospital.

Jelasnya lagi, keadaan ayahnya semakin kritikal apabila tahap oksigen menurun hingga ke bacaan 55 peratus. Seminggu lebih juga abah duduk wad. Lepas itu, hari Rabu pagi doktor call cakap abah dah tak ada. Bercerita dengan lebih lanjut, Ieka mengakui sangat sedih dengan berita yang diterima lebih-lebih lagi apabila mereka sekeluarga tidak berpeluang berjumpa dengan si ayah buat kali terakhir.

Hal ini kerana, selama tempoh kuarantin, mereka hanya mampu menghubungi si ayah menerusi panggilan video sahaja. Siapa sangka, lambaian sebelum menaiki ambulans merupakan lambaian terakhir si ayah sebelum berpisah dengan keluarga tercinta buat selama-lamanya.

Video sebak

https://www.tiktok.com/embed/v2/7006630789823679771?lang=en-US

Kisah yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya sebak selepas menonton video tersebut. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dilalui mereka iaitu kehilangan ahli keluarga dek pandemik Covid-19.

Sumber: IekaSanie