Disebabkan melepak atas jambatan lepas jogging. Seramai ini individu dikompaun.

Berita Dunia Fakta

KLANG: Seramai 54 individu masing-masing dikenakan k0mpaun RM2,000 seorang kerana berkmpul dan melep4k atas jambatan selepas berjoging di Jambatan Raja Muda Nala, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bertind4k atas adu4n awam, sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ke lokasi berkenaan jam 6 petang.

“Apabila tiba di lokasi adu4n, polis mendapati ramai orang awam parkir kenderaan berdekatan tempat h4langan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu. Semua individu yang dikenakan k0mpaun berumur lingkungan 17 tahun hingga 40 tahun. Sias4tan juga mendapati, individu yang dikenakan k0mpaun terdiri daripada penduduk sekitar dan juga luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 0.28 saat itu tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak malam tadi di mana kelihatan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala yang juga dikenali sebagai jambatan ketiga Klang.

Sumber BH,InfoRoadblockJPJ/POLIS

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sehari Sebelum Sambut Hari Lahir Gadis Ini Dedahkan Bapa Positif Covid 19. Sedih Tak Dapat Nak Sambut Birthday Bersama Dengan Bapa.

Pandemik Covid-19 di Malaysia ketika ini masih lagi ditahap yang membimbangkan. Setiap hari ribuan kes positif baru direkodkan dan jumlah pemergian juga setiap hari semakin bertambah. Paling ditakuti oleh setiap orang ketika ini adalah jangkitan wabak terhadap golongan berusia terutamanya ibu bapa kita. Namun jika ia ditakdirkan berlaku, siapa kita untuk menidakkan hal tersebut.

Berita sedih sehari sebelum sambut hari lahir

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin Faqihah apabila memaklumkan bapanya telah dibawa ke pusat kuarantin dengan ambulans sehari sebelum hari lahirnya. Menurut Fatin, khabar tersebut benar-benar membuatkan mereka sekeluarga pilu kerana ayah sudahpun memberi duit untuk membeli kek dan belon bagi mengadakan sambutan hari lahir bersama keluarga seperti yang dilakukan saban tahun.

Semua ahli keluarga kena swab test

Dia yang berkongsi video dengan tangisan itu mengakui begitu sedih memikirkan bapanya dan seluruh ahli keluarga turut dikehendaki melakukan swab test serta kuarantin kendiri selama 14 hari kerana menjadi kontak rapat bapa. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada Fatin. Mereka juga mendoakan agar bapanya serta ahli keluarga segera sembuh dan bebas daripada wabak maut ini. Mereka turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir yang ke-19 tahun buat pengguna TikTok berkenaan.

Sumber:  ftnn