Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan, Lisa Surihani akui susah nak bagi kata putus kepada kerjaya seni

Pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani tidak mampu memberikan kata putus sama ada dia benar-benar sudah berehat daripada dunia lakonan atau tidak. Ketika ditemui, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed, 37, berkata dia bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Tuhan selama bergelar anak seni. Malah, Lisa percaya setiap tawaran yang diterima sudah diaturkan dengan baik serta mempunyai hikmah daripada Tuhan. “Susah untuk berikan kenyataan berkenaan soalan begini (berehat berlakon). Seolah-olah memberikan kata putus atau titik noktah kepada kerjaya seni saya, sangat susah.

Untuk katakan rindu pada lakonan atau tidak, saya hanya bersyukur dengan keadaan sekarang. Pasang surut tentang tawaran berlakon, semua sudah ditetapkan oleh Allah, segala yang terjadi ada sebab dan hikmah. Bagi saya, bersyukur seadanya, rezeki saya serah kepada Allah. Apa yang saya doakan adalah setiap rezeki yang diterima adalah daripada sumber yang halal.” Lisa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu berdoa agar setiap tawaran kerja yang diterima menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik. “Sudah pasti, rezeki tersebut menjadikan saya manusia yang lebih, kerja-kerja yang sentiasa ingatkan saya dengan Allah. Allah banyak dah bagi saya macam-macam sebenarnya. Saya tak mahu nangis bercakap tentang ini (nikmat syukur). Terima kasih sangat. Nak kata rindu dengan berlakon seolah saya tak bersyukur dengan keadaan sekarang. Saya sangat bersyukur di mana saya ada ketika ini.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.