Tiga bulan berumahtangga tapi menantu pergi menghadap illahi gara gara demam panas. Tapi luahan mertua memang buat ramai yang sebak.

Viral

Menerima ahli keluarga baru pastinya menjadi perkara yang menggembirakan dan pelengkap buat keluarga. Tular di laman sosial apabila perkongsian Shastri Rathi mengenai perkahwinan anak dan menantunya membuatkan warganet merasa sebak. Kebahagiaan yang dipinjamkan hanya selama 3 bulan apabila menantunya dijemput ilahi kerana dmam panas. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Baru dapat pangkat ‘Bapa Mertua’

Jodoh, Rezeki, Ajl….ketetapan yg ditulis Allah swt. Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat. Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’.

Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu. Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini. Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.

Majlis belah lelaki

Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria.

Percintaan yg berputik di zaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding. Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.

Terima kasih semua yang hadir ke majlis kahwin

Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga.

Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bungalow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada ccat cela perjalanan majlis dari mata kami. Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga.. semoga Allah jua yg membalas budi kalian. Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS.

Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka. Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa.

Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami. Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’. Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.

Menantu masuk hospital

Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…dmam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Krtkal. Berderau bila dengar penerangan Doctor bertugas.

Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas… Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’

Terpaksa guna Life Support

Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Cma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan. Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.

Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik tu…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”

Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dntuman hlilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Wawa diuruskan di Tapak Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…

Redha dengan ketentuan Allah

Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu  Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rhnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kbrnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rhnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin. Aku masih bersedih….sedih kerana dia pergi…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan. 5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25. 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.

Doakan ketabahan suami

Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Wawa aman bersmadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan wawa, solatkan , mengusung, menurunkan wawa ke Liang dan sama2 bertahlil keatas Rhnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin. Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solatkan …semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.

Semoga tenang di sana

Selamat brsmadi Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu. Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Wawa kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mediakl

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mertua Tak Suka Menantu Mesra Dengan Pasangan. Mak Tengah Buat Kerja Kat Dapur Kakak Ipar Pula Selamba Je Terperap Dalam Bilik. Sekali Ini Yang Terjadi Pada Mertua.

Foto sekadar hiasan. Mak saya sebenarnya baik sangat2. Anak menantu susah ke apa, mesti mak saya yang tolong dulu terutamanya harta benda dan kewangan memandangkan mak saya dari keturunan hartawan. Cerita saya ini, saya tak salahkan mak saya seratus peratus sebab semua ni berpunca dari didikan kebanyakan orang dulu-dulu.

Mak saya pun dah berumur 60an. Apa yang saya nak confess di sini ialah sikap mak atau mertua dan bagaimana kita sebagai anak dan sebagai menantu, berperanan dan harus pandai bawak diri. Pertama tentang sikap mak saya ialah, dia tak suka anak menantu bangun lambat.

Jadi bila abang berkahwin, saya dah risau bila ada waktunya kakak ipar bangun lambat. Biasanya saya dan adik beradik perempuan memang bangun awal sebelum Subuh. Lepas subuh terus masak buat sarapan pagi. Saya takda masalah pun kalau kakak-kakak ipar tak tolong kat dapur.

Mak pun sama kalau anak-anak balik, dia tak kisah pun menantunya tak ke dapur sebab anak-anak yang sediakan semua sebab kami tak suka nak biar kakak ipar sorang-sorang masuk dapur. Tapi mak memang tak suka anak menantu bangun lambat atau bergolek dalam bilik time orang lain sibuk kat dapur.

Tunjuk muka saja, buat teman borak2 pun takpa dah, asalkan jangan kat tempat tido. Melainkan kalau tak sihat mak tak kisah kalau nak berbaring. Jadi bila dapat salah seorang kakak ipar macam ni, mula la mak tarik muka. Bab ni kami adik beradik tak boleh nak back up kakak ipar.

Yang kedua, mak tak suka anak menantu duduk mengendeng-ngendeng dengan pasangan, mesra-mesra, peluk-peluk depan dia. Nanti tak pasal-pasal dilabel dengan gelaran yang tak sedap didengar. Aduh mak.. Yang ni saya pun puas cakap kat mak, adat la mak suami isteri. Nak manja-manja.

Tapi mak masih tak boleh terima. Kata mak orang dulu-dulu walaupun suami isteri, tahu batas. Tak pernah nak manja-manja depan orang lain, depan mertua. Tak ada nak tunjuk romantik. Mak kata nak buat semua tu dalam bilik. Nak tergolek sampai katil patah pun takda sapa peduli.

Yang ketiga, mak selalu pertikai bila abang nak keluar mana-mana, kakak ipar nak ikut sekali. Mak suka samakan dengan zaman dulu-dulu. Katanya orang dulu-dulu suami ja keluar rumah. Isteri tak perlu ikut sekali. Isu ni saya dah terangkan pada mak. Zaman dah berubah.

Dulu isteri tak ikut sebab takda pengangkutan selesa. Zaman sekarang naik kereta, naik motor. Kakak ipar pun nak jalan-jalan tengok dunia. Dan mak suka bagi contoh saya dan kakak-kakak yang lain. Sebab kami memang jenis jarang ikut suami ke mana-mana.

Kalau ada kenduri, nak pergi jalan-jalan bawa anak-anak, makan luar, baru ikut. Kalau ada urusan dengan kawan-kawan suami, buat aktiviti dia orang memang kami tak ikut. Akhirnya mak cuma diam. Tapi lama-lama nanti bila dia nampak lagi kakak ipar saya nak ikut abang saya ke mana-mana mesti dia bunyi lagi.

Sebenarnya banyak isu lain yang mak saya selalu bangkitkan pasal menantu-menantunya. Dulu ada kakak ipar sorang ni dia memang tak masuk dapur. Mak pun selalu buat muka. Kami adik beradik jadi tak seronok sebab mak buat muka dengan kakak ipar.

Sampai la satu hari tu, ayah panggil abang, nasihatkan abang suruh abang tegur kakak ipar rajin-rajin la tengok dapur waktu orang lain kat dapur. Alhamdulillah, berubah jugak kakak ipar ni. Walaupun tak banyak dia tolong tapi ok lah dia tak memerap dalam bilik atau baring-baring masa orang lain sibuk buat kerja dalam rumah.

Point utama saya nak sampaikan dalam confession ni ialah bila kita masuk dalam keluarga mertua, pandai-pandailah bawak diri. Ada orang kata dia tak nak hip0krit. Jadi macam mana dia kat rumah sendiri, rumah mak dia, macam tu la dia akan buat kat rumah mertua.

Tapi apalah salahnya kalau demi mengeratkan hubungan kita berkrban sikit. Kalau kita asyik nak tunjuk sisi buruk dan kepala angin kita dengan mertua, sampai bila kita nak bina hubungan baik dengan keluarga mertua kan?

Dan juga saya nak sampaikan peranan kita sebagai ipar-ipar kepada menantu mak kita. Maksudnya jika mak kita selalu merungut pasal menantu, kita tolong la jangan panaskan lagi hati mak kita dengan menyokong apa saja ketidakpuasan hati mak pada kakak, abang atau adik ipar kita. Jangan la kita mengadu domba pasal ipar-ipar kita pada mak ayah kita.

Selalu lah kita bersikap neutral, selalu sabarkan mak kita, pujuk mak kita. Dan saya jugak adik beradik lain, Alhamdulillah, sesama kami selalu menangkan kakak-kakak ipar kalau mak membebel apa-apa, walaupun hakikatnya bebelan mak tu ada benarnya tentang sikap kakak ipar.

Antara yang saya selalu cakap dengan mak sehingga mak terdiam, kalau mak nak anak-anak mak dilayan baik dalam keluarga orang lain, mak pun kena layan baik-baik anak orang yang masuk dalam keluarga kita. Sebenarnya saya dan adik beradik lain bukanlah terlalu baik dengan ipar-ipar hinggakan apa yang ipar-ipar buat hingga mak tersinggung, kami masih nak pertahankan.

Tapi percayalah, saya dan adik beradik lain cuma nak mak hidup secara harmoni. Tak nak ada pertelagahan antara menantu dengan mertua yang pada akhirnya anak-anak mak sendiri yang rasa tersepit. Saya sendiri pun sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bekas mertua. Walaupun dah cuba jadi menantu yang baik, pengakhirannya buruk jugak yang saya dapat bila bekas suami buat hal. Saya menyesal buat baik dengan keluarga mertua? Tidak sama sekali.

Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya berharap jika umur saya panjang, dapat bergelar mertua, saya nak hargai menantu-menantu saya dan saya tak nak apa yang saya rasa, dilalui semula oleh menantu-menantu saya.. Perkongsian Kila mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Siti Aisyah – Nasib baik mak awk bukan mertua sye.. heheeehe.. Aku bersyukur dpt mertua yg baik walaupun slalu tido lepas subuh.. terlajak x buat air utk sarapan.. Tapi mak mertua aku xde nak buat muke ke ape.. Sebab time masak tengahari memang aku yg masak sepenuhnye.. biase la manusia kan.. ade kurg ade lebih..

Radin Arishah -Tgk keadaan jugak. Kalau duduk asing2, anak menantu balik sekali-sekala nak golek2 dlm bilik, bangun lewat, time makan pandai keluar, tu mmg x patut. Balik kg sekali sekala pakat2 ke dapur sambil masak2 sambil beramah mesra.

Tapi kalau dok sekali, mungkin ada sebab menantu dok terperap dlm bilik. Mungkin dia x selesa sbb x de privacy nak bermanja dgn suami, mungkin dia protes dlm diam sbb cara mak yg agak traditional, dan dia x suka dikomen dan di judge.

Shab Shafiei -Kami menantu, kalau ipar tak back up pun tak apa. Mertua macam tu pun kami sanggup hadap asalkan suami baik. Mak awak scary, tu jer nak cakap. Nak suruh menantu masak, bangun awal, buat itu ini.. Zaman dulu isteri tak kerja, boleh la nk melutut. Skrg perempuan pandai cari duit. Mak awak suruh la anak laki dia masak sama. Sbb cari nafkah pun dh jadi kerja perempuan zaman la ni.

Ukhti Suraya -penulisan yang sangat matang, point yang saya dapat:- 1) adik beradik, ipar bila kena jadi pendamai, jangan ditambah kebencian dan kekusutan antara ipar duai, mertua dan menantu. 2) cuba ubah dan terima dengan suasana baru dalam keluarga baru, yang mana yang boleh kita cuba sesuaikan kita buat.

3) kena ada tolak ansur menantu mertua, kita dari keluarga yang berbeza, acuan yang berbeza, selama ni hidup acauan lain, tiba-tiba masuk keluarga lain, masuk acuan lain, tak sama. 4) elakkan sifat/sikap negatif, kalau benda tu salah, cuba bagitahu baik-baik, marah-marah, masam muka tak menyelesaikan masalah. thanks confessor.

– Kila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Isteri Boleh Duduk Sebumbung Bersama Mak Ayah Dengan Aman

Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.

Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.

Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah.

Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).

Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah.

Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati. Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.

Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu?

Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.

Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.

Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya.

Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.

Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga.

Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.

Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk.

Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.

Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:

1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.

2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.

3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.

4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri. 5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.

Terima teguran mentua

Perpisahan berpunca hubungan dingin antara mentua dengan menantu bukan isu baru. Ada waktunya kes sebegini hangat diperkatakan warganet hingga menarik perkongsian ramai. Namun, ada juga pasangan yang selesa berdiam diri kerana sedar rumah tangga yang dibina sudahpun hanyut dilambung badai.

Berikutan adanya tokok tambah pelbagai pihak, perkahwinan kini dilihat sebagai satu pilihan yang sukar. Ramai pasangan muda mula menghakimi hubungan menantu-mentua dari persepsi sendiri. Kata Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, perkahwinan adalah penyatuan dua insan yang jika dilihat dari segi syarak, bermula dari lima rukun. Salah satunya adalah wali.

“Peranan wali ini tidak boleh diketepi, sekali gus membawa maksud bahawa pernikahan antara lelaki dan perempuan itu memerlukan persetujuan keluarga. “Jadi, kalau dilihat kembali perjalanan pasangan yang ingin berkahwin, Islam menggalakkan adanya pertunangan walaupun tidak wajib.

Ini disebut dalam satu hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda, tidak boleh seseorang meminang atas pinangan saudaranya sehingga peminang sebelumnya tinggalkan atau memberi izin kepadanya.“Dari segi adat pula, masyarakat kita meletakkan soal jodoh ini sebagai urusan keluarga.

Sebab itu adanya adat merisik. Apabila lelaki sudah berkenan dengan gadis, dia akan hantar rombongan untuk bertanya khabar, melihat latar belakang keluarga dan berbincang. “Ada juga yang bukan setakat bertanya kepada keluarga pihak perempuan, tetapi turut merisik dari orang sekeliling.

Mereka mahu melihat keluarga dipilih dalam kalangan orang baik atau sebaliknya. Semua ini dilakukan untuk keluarga mengenal calon menantu yang bakal berkahwin dengan anak mereka,” katanya. Selepas tamatnya proses merisik, bertunang dan bernikah, fasa pengenalan akan berterusan hingga berlangsungnya kenduri. Semua bahagian ini cukup membuktikan bahawa adat dan syarak tidak pernah mengetepikan peranan keluarga.

Namun, perlu diketahui pembabitan keluarga dalam hubungan perkahwinan anak tetap ada hadnya. Dalam urusan pernikahan dan kenduri umpamanya, orang yang wajar terbabit secara langsung adalah ibu bapa dan saudara terdekat saja.

Di peringkat meneruskan alam rumah tangga, suami dan isteri berhak membuat keputusan berdasarkan kehidupan yang mereka lalui. Sementara ibu bapa dan mentua hanya berperanan sebagai penasihat untuk membantu anak-anak pada waktu memerlukan.

Menantu-mentua

Mengulas berhubung adab di antara menantu dengan mentua, Datuk Mohd Zaidi berkata, ia sepatutnya sama dengan adab di antara anak dengan ibu bapa mereka sendiri. “Realiti yang perlu diterima pasangan berkahwin, apabila mereka bernikah, mentua akan menjadi mak ayah sendiri.

Di antara mereka (menantu dan mentua) juga tidak batal wuduk jika bersentuhan. Malah, batasan aurat juga sama dengan anak sendiri. Lebih istimewa, ikatan ini kekal sampai bila-bila dan perlu dipelihara. “Jadi, kalau wujud layanan dingin ibu bapa kita terhadap suami atau isteri (menantu), cuba tanyakan kepada mereka sebabnya. Tanya mengapa mereka bertindak demikian atau kenapa tidak suka.

“Dalam hal ini, suami atau isteri juga perlu terbuka menerima teguran mentua. Usahakan untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Selaku orang yang lebih tua, lebih dulu makan garam dari anak-anak, tentulah mereka ada penilaian sendiri. Mereka ada cara tersendiri untuk melakukan itu dan ini.

“Tidak mungkin kita boleh memaksa mereka menerima tingkah laku menantu. Jadi, buatlah yang terbaik untuk mengambil hati mereka,” katanya. Jelas Datuk Mohd Zaidi, ada waktunya mentua tidak mengharap pemberian wang ringgit mahupun sebarang material berharga. Mereka lebih senang disapa menantu dengan budi bahasa.

“Ingatan anak menantu buat orang tua juga penting. Kalau tiba musim cuti sekolah, kita balik kampung bertemu mereka pun sudah memadai. Seandainya ada kemampuan, hulurkan wang belanja sebagai sagu hati untuk mereka. Gembirakan hati mereka mengikut kemampuan diri.

“Paling utama, jangan sesekali kecilkan hati mentua. Kalau tidak mampu memenuhi permintaan mereka, tolaklah secara baik. Dalam al-Quran menganjurkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa, termasuk mentua.

“Berbuatlah ihsan kepada mereka dengan hati ikhlas. Jaga lidah dan jangan melukai hati mereka walau dengan ‘ah’ sekalipun. Usah meninggi suara, jerkah atau mengherdik mereka. Jika marah sekalipun, jangan kita anggap mereka sama seperti kawan.

“Kemudian, jaga tindakan dan jangan sesekali melampaui batas. Sentiasa ingatkan diri bahawa mentua juga sama seperti ibu dan bapa sendiri. Utamakan pendapat dan pandangan mereka dalam membuat keputusan. “Akhir sekali bersabit dengan pendirian kita dalam sesetengah hal. Sebaiknya jangan mendahului ibu bapa dan mentua. Biarpun kita ada pendirian sendiri, namun cubalah mengalah dan dahulukan mereka,” katanya.