Lawak tapi sedih juga. Individu ni kongsikan skrin Macbook Pro dia retak hanya kerana sebutir beras. Rupanya ini punca.

Viral

Kadang kala, sesuatu benda itu boleh hilang atau rosak meskipun kita sudah menjaga dengan penuh teliti dan kasih sayang. Kata orang, kalau dah bukan rezeki, nak buat macam mana? Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Kax ada berkongsikan kisah laptop miliknya yang rosak hanya gara-gara sebutir beras.

“Laptop saya telah rosak oleh sebutir beras perang yang ditutup di skrin”, ujar gadis itu menerusi satu ciapan.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Kax mendakwa dia tidak perasan bahawa ada sebutir beras di laptopnya semasa dia sedang menutup skrin. Dia akhirnya menyedari kejadian ini selepas ada kesan retakan di bahagian skrin Macbook Pro miliknya. Lebih melucukan, terdapat sebutir beras perang di bahagian papan kekunci laptopnya.

Meninjau di ruangan komen, beberapa warganet turut berkongsikan kisah skrin laptop mereka yang pernah retak hanya kerana sebutir beras. Bagaimanapun, Kax sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa pesalah untuk kerosakan ini telah melarikan diri dan beras itu sebenarnya tidak bersalah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.