Disebabkan seorang mak cik yang hampir jatuh motor. Pemuda ini tampil betulkan jalan untuk elakkan sesuatu ini.

Dunia Fakta Viral

Melakukan kebaikan bukan hanya tertumpu kepada amalan yang membawa manfaat untuk diri sendiri. Kita juga dianjurkan untuk berusaha melakukan kebaikan terhadap orang lain. Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain. Dari pandangan agama, Islam juga menitik-beratkan kebersamaan dalam kebaikan sehingga orang yang dikira sebagai sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Begitulah juga yang boleh digambarkan kepada seorang pemuda ini apabila dia tampil bertindak menampal jalan raya yang rosak teruk bagi laluan orang ramai. Menerusi sebuah video klip yang dikongsinya di laman Instagram, pemuda dikenali @madshafiq_ itu tampil berbuat sedemikian gara-gara pernah ternampak seorang mak cik yang hampir terjatuh motor melalui jalan tersebut.

“Disebabkan seorang mak cik hampir jatuh akibat melalui kawasan lubang itu, jadi aku buat keputusan untuk buat sesuatu. Walaupun pakai simen sahaja, tapi inilah usaha kecil yang terlintas. Untuk bagi kekal tahan sikit, aku buat bancuh lebihkan simen,” ujarnya.

Selain itu, dia juga berharap usahanya itu dapat memberi kesenangan kepada kawan-kawan rider dan mengelakkan mereka daripada kejadian yang tak diingini memandangkan di situ kawasan kedai makan seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi siam, mouthgasm crunchy dan sebagainya. Perkongsiannya turut mendapat pelbagai pujian warga maya yang rata-rata mengatakan itu satu usaha yang sangat baik. Terbaik anak muda!

Sumber : Sinarplus

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.