Muat naik gambar dengan pakai busana serba putih, tapi komen Shuhada pula yang jadi perhatian warganet

Sejak rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada diuji dengan masalah, apa sahaja kisah yang dikongsikan mereka di media sosial pasti menjadi perhatian ramai. Terbaharu, Shuhada menerusi hantaran di Instagram berkongsi foto dirinya yang manis mengenakan busana serba putih sambil duduk di atas kerusi beserta kapsyen dirinya ibarat seorang bidadari.

Dia turut menggunakan lagu berjudul Doaku Untukmu Sayang nyanyian asal Wali Band sebagai bunyi latar pada hantaran tersebut. Bagaimanapun, apa yang jadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan ibu kepada dua cahaya mata itu kepada salah seorang pengikutnya di ruangan balas. Awalnya, pengikut berkenaan hanya tinggalkan komen emoji ‘smiling face’ dengan bentuk hati di mata sebelum Shuhada bersoloroh memintanya mencarikan dia seorang pendakwah (Dai) untuk dijadikan jodoh.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perpisahan terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga. Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz berpisah talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon. Bagaimanapun, baru-baru ini, Shuhada mendedahkan dirinya hamil dan usia kandungan sudah pun memasuki 10 bulan. Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.