Pelajar Form 2 mulakan bisnes dengan jual lukisan anime di Tiktok. Ini tujuannya mulakan bisnes tersebut.

Viral

Yanie terkejut lukisannya mendapat sambutan di TikTok. Rakaman video seorang gadis melukis karakter anime menarik perhatian ramai di TikTok. Visual berdurasi 19 saat itu meraih hampir 400,000 tontonan di platform tersebut. Bukan itu sahaja, ramai yang menunjukkan sokongan mereka dan mahu membeli hasil lukisan gadis berkenaan.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Farahziyanie Dzulkepley, 14, terkejut apabila melihat video lukisan yang dimuat naik oleh kakaknya Nursyafika Asma Dzulkepley, 31, muncul di For You Page (FYP) di TikTok. Sejak itu, dia mula menerima beberapa tempahan untuk melukis karakter anime.

“Kakak saya buat tu hanya untuk suka-suka dan saja mencuba nasib dengan memuat naik di TikTok. Mana la tahu kalau ada yang berminat nak beli. Saya terkejut juga la video tu jadi viral, sekarang ni dah ada lebih kurang 10 lukisan yang orang tempah. Anggaran harga pula antara RM15 hingga RM40 bergantung kepada bahan dan berapa lama masa yang diambil untuk disiapkan,” katanya yang menetap di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.

Gadis yang mesra disapa Yanie itu minat melukis sejak tahun lalu setelah melihat sepupunya melukis karakter anime. Sepanjang berkarya, dia mengakui terdapat satu karakter yang agak mencabar untuk dilukis memandangkan dirinya masih belum begitu mahir.

“Saya memang minat sangat melukis dan semuanya belajar sendiri. Tetapi saya hanya pandai melukis karakter anime sahaja. Idea untuk melukis tu kadang-kadang dari saya sendiri dan ada masanya kakak yang bagi cadangan. Selalunya setiap lukisan itu mengambil masa lebih dari satu jam untuk disiapkan. Karakter anime yang paling susah untuk dilukis ialah Nezuko Kamado daripada anime Demon Slayer. Sebab bahagian rambutnya saya tak berapa pandai nak lukis, ambil masa dua jam untuk siapkan.” katanya yang merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Taman Ria, Tuaran.

Anak ketujuh dari lapan beradik ini menjual lukisannya kerana mahu membantu meringankan sedikit beban keluarganya. Kedua ibu bapanya Rokiyah Dapan, 49, dan Dzulkepley Junki, 45 bekerja sebagai tukang sapu di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

“Niat saya nak menjual lukisan untuk bantu ibu bapa dan tak nak menyusahkan mereka berdua. Saya bukan daripada keluarga yang berada, ibu bapa pula bekerja sebagai tukang sapu sahaja. Waktu kecil dahulu saya penah ikut mama pergi kerja, rasa sedih bila melihat dia kena sapu sampah dalam keadaan cuaca panas. Hujan pun kadang-kadang dia tetap menyapu juga.

Kerana dalam setiap usaha yang anda lakukan itu, pasti ada kejayaan.

“Kalau ada duit memang saya nak langsaikan hutang mereka dan belikan sebuah sofa serta peti ais, sebab apa yang kami ada sekarang ni dah uzur,” tambahnya Anak kelahiran Sabah ini menasihatkan supaya mereka yang baru menceburi bidang lukisan untuk sentiasa berlatih memperbaiki skil melukis.

Jelasnya lagi, dia percaya bahawa setiap apa yang kita usahakan dengan bersungguh sungguh pasti akan membuahkan hasil. “Untuk mereka yang masih baru belajar melukis macam saya ni, harap jangan mudah berputus asa. Kerana dalam setiap usaha yang anda lakukan itu, pasti ada kejayaan. Jangan hiraukan apa orang nak kata, lebih baik fokus pada matlamat sendiri,” katanya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.