Dah rentas negeri sampai ke Nilai 3 untuk beli karpet. Kali ni Neelofa dan Pu Riz mengaku tak bersalah pulak.

Artis

PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertdhan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pertdhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Tindakan Neelofa dan suami rentas negeri membeli karpet undang rasa kurang senang warganet.

Kedua-dua mereka ditduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Neelofa dan Haris tiba di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi Khamis.

Pasangan ini dilihat tinggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi selepas membayar wang jaminan. Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Neelofa Dan Keluarga Pergi Ke Balai Polis Untuk Bagi Keterangan. Terkejut Sekali Ini Kereta Yang Mereka Gunakan Untuk Bawa Semua Yang Terlibat.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai membawa ahli keluarga selebriti popular, Neelofa dilihat keluar dari Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini. Toyota Vellfire berwarna putih itu dilihat memasuki pintu pagar utama pada pukul 2.51 petang dan keluar kira-kira dua jam kemudian pada pukul 5 petang. Difahamkan ahli keluarga selebriti terkenal tanah air itu hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri baru-baru ini.

Petugas media menunggu hampir tiga jam untuk mendapatkan perkembangan juga tidak berhasil ekoran kenderaan yang membawa keluarga itu terus memecut laju tinggalkan kawasan IPD. Jadi tidak dapat dipastikan sama ada ibu bapa atau adik-beradik selebriti berkenaan yang hadir untuk dirakam keterangan.

Terdahulu, selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi disiasat polis kerana dikatakan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada sambutan Aidilfitri bersama keluarganya. Ketua polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima satu laporan semalam kira-kira pukul 10.25 malam membabitkan keluarga selebriti berkenaan yang merakam detik sambutan raya pada 1 Syawal di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail.

“Video tersebut memaparkan ahli keluarga mereka didapati berkumpul dalam sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal dan telah dikongsi oleh warganet menerusi laman Twitter. “kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Anuar, ks itu akan disiasat di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021

Sumber : ASN

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mungkin Lepas Ni Bertiga. Muat Naik Gambar Raya Dengan Suami Sekali Warganet Perasan Neelofa Seakan Bagi Hint Sesuatu.

Semalam selebriti Neelofa, 32, mencetuskan k.ontroversi lagi apabila dia dan keluarga dikatakan tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu. Terbaru, Neelofa menjadi perhatian warganet sekali lagi selepas dia bertindak tag nama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 26, di bahagian perut menerusi satu foto bersama.

Foto Neelofa dan Haris menggayakan busana berwarna biru ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dikongsi di Instagram (IG) pada Khamis. Di ruangan komen, ada segelintir pengikut yang perasan lalu berteka-teki dengan tindakan usahawan terkenal itu.“@syxbunga_: Lain macam tag kat perut.“@alyadhamirah: Tag suami kat perut huhu.

@kn5653sj: Mengandung? Tempat dia (Neelofa) tag suaminya memberi petunjuk. “@sofeazainsalman: Mungkin akan bertiga? Amin.. Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan. “Wah dah mengandung ke? Tahniah,” tulis salah seorang peminat. Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat menjadi pasangan suami isteri pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Bagaimanapun, pasangan tersebut telah dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana tidak patuh SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Buat Hal Lagi. Akhirnya Kantoi Bila Pdrm Tampil Bersuara Bongkarkan Lokasi Neelofa Dan Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA:  Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melang.gar p.rosedur o.perasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman pada 13 Mei lalu.

Kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik sebuah video di dalam laman Twitter. Menerusi video dengan kapsyen 1 Syawal yang penuh mulia tersebut kelihatan  ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan  bersalaman satu sama lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan kompaun RM 2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan k.ontroversi selepas ingkar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail. Susulan kes baharu tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak  dalam satu kenyataan berkata, majlis tersebut disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.

Ada Yang Kata Rumah Panjang

Sehubungan itu, menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. “Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti  beraya itu untuk diambil keterangan,” kata beliau.

Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kecoh Pasal Neelofa Dan Suami Rentas Negeri Gara Gara Nak Beli Karpet. Sekali Ini Status Terkini Tentang Kes Neelofa Dan Suami.

ISU ingkar prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz nampaknya hampir selesai apabila kertas siasatan terhadap mereka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Menurut Ketua polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, kertas si4sat4n tersebut dihantar selepas pihak polis memperkemas dan melengkapkan siasatan kes membabitkan pasangan berkenaan merentas negeri.

“Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa),” katanya memetik The Star. Pada 4 Mei lalu, Neelofa, 32, dan PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 26, telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat p0lis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Neelofa dan PU Riz disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjngkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Penceg4han dan Pengawalan peny4kit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan jangkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3, di Nilai menjadi tular pada 2 Mei lalu. Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa).

Bekas pengacara MeleTOP itu kemudiannya memadamkan video tersebut selepas perkara itu menjadi tular di kalangan warganet. Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir ke majlis perkahwinannya tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial. Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Habis Lagi Isu Neelofa Ni. Kali Ni Pekerja Kedai Tampil Bongkarkan Berapa Banyak Neelofa Dan Suami Belanjakan Untuk Beli Karpet Dekat Nilai 3.

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor didakwa membelanjakan RM 10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini, Ahad lalu. Kedai karpet yang dikunjungi oleh Neelofa, 32, dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail itu dikenali sebagai Naeem Carpet yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

“Terima kasih Nilofa (Neelofa) dan Harris Ismail (Haris Ismail) blanja (belanja) ke Naeem Carpet Nilai 3 hari ini. Thinks (thanks),” tulisnya. Dalam hantaran lain, warganet turut memuat naik swafoto lelaki itu bersama Neelofa dan suami yang ketika itu duduk dalam kedai itu. Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

Seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein berkata, memang selebriti terkenal itu datang bersama suaminya untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu. “Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM 10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM 3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya ketika ditemui di premis Naeem Carpet di Nilai 3, di sini hari ini. Hussein berkata, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama Naeem Carpet telah dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya. Dalam pada itu, Hussein memberitahu, pada hujung minggu lalu kedai karpet tersebut dikunjungi ramai orang dan jualan berjalan seperti biasa selepas isu Neelofa merentas negeri untuk membeli karpet di premis mereka tular.

Media melaporkan Neelofa dan Muhammad Haris akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat. Ia berhubung daakwaan pasangan itu ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan. Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini.

Pada 27 April lalu, pasangan itu dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM 60,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB. Neelofa dik.ompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta ingkar kebenaran untuk tujuan merentas negeri. Neelofa dan Riz berkahwin pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nama Sering Jadi Bualan Warganet. Terkejut Ini Jawapan Dari Neelofa Bila Dia Disoal Mengenai Perancangan Anak.

Setakat 4 Mei 2021, namanya tidak lekang disebut-sebut di laman sosial, bukan sahaja soal perkahwinan namun perdebatan mengenai dakwaan tidak patuh (SOP) juga dipertikai oleh rata-rata warganet. Sebelum ini soal jodoh selebriti ini mungkin sentiasa menjadi teka-teki di kalangan umum, namun setelah mendirikan rumah tangga, Neelofa kini disoal mengenai zuriat pula.

Terdahulu, selebriti dan usahawan Neelofa pernah menyatakan bahawa usah bertanya soal jodoh padanya kerana terlihat seperti menanyakan waktu bila akan pergi menghadap illahi, kali ini mungkin berbeza jawapannya setelah beliau selamat bernikah dengan seorang pendakwah bebas, PU Rizz.

Menerusi sumber temu-ramah bersama Neelofa di rancangan Melodi, beliau telah menjelaskan bahawa dirinya seolah-olah tidak dibenarkan untuk menjawab soal bilakah pasangan selebriti ini akan menimang cahaya mata namun diserahkan kepada suaminya, untuk mengulas dengan lebih lanjut.

caption: “Soalan pasal anak tu boleh tanya haris, kalau saya jawab nanti kan dia… tak boleh tak boleh” Beliau menjelaskan bahawa suaminya itu akan menasihatinya mengenai perkara-perkara yang mungkin tidak beliau sedari, Neelofa akui bahawa dirinya harus lebih berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kerana tidak lagi membawa imej dan nama sendiri namun identiti sebagai pasangan suami isteri.

“Neelofa ni semua benda nak post pastu mula lah warganet marah, dia boleh je kot kalau post dekat close friend, benda yang tak sepatutnya tak patut kongsi pada khalayak umum…bila disoal jangan tahu melenting pula kalau diri sendiri yang bagi ruang untuk dikritik” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat adalah lebih baik jika sebarang keputusan dibuat dipersetujui dan dipertanggungjawab oleh kedua-dua pasangan.

Menurut sumber sebuah laman portal, Neelofa menjawab perihal anak sama seperti soal jodoh, beliau menyerahkan segala aturan kepada Yang Maha Esa dan jika diberi rezeki dalam masa terdekat, selebriti ini bakal menerimanya dengan tangan terbuka. Mesti comel kan anak Neelofa dengan Harris nanti, tak sabar nak tunggu berita gembira soal anak pula.

Sumber: Instagram Lofa.world & Melodi via HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.