Oyen buat hal lagi. Kali ni telatah Oyen menarik perhatian warganet bila tuannya dedahkan dia selalu tunggu di sinki dapur rumah untuk dibukakan air.

Viral

Memelihara haiwan comel ini sememangnya memerlukan seseorang itu menjaganya dengan rapi namun apabila tibanya waktu mandi pasti ramai yang merasa kecewa kerana kebanyakan kucing takut dengan air malah akan lari sepantas mungkin jika ingin dimandikan. Walau bagaimanapun, lain pula kisah seekor kucing berwarna oren ini apabila telatahnya ini menarik perhatian warganet sehingga dikatakan unik.

Ini kerana menurut pemilik akaun TikTok atas nama Fellyliline Seruba berkongsikan kisah kucing si Oyen yang tidak takut air malah cukup suka dan sering menantikan untuk dibukakan air jika berada di singki dapur rumahnya. Melalui ruangan kapsyen, dia memberitahu disaat pulang dari kedai disangkakan si oyen miliknya ingin menyambutnya namun terus berlari ke arah dapur dan memanjat singki kerana mahu dibukakan air.

“Balik dari kedai, ingat dia sambut kita pulang. Tengok-tengok terus lari pergi dapur panjat singki. Ha, nak suruh buka air la tu,” tulisnya. Dalam pada itu, dia juga ditanya warganet cara untuk membuat kucing tidak takut air namun ujarnya diruangan komen juga, si comelnya ini sudah diajar sejak berumur 3 bulan. “Dari umur dia 3 bulan suruh dia belajar mandi, mula tu takut. Lama-lama makin suka”

“Uniknya awak”

“Kucing kami kena air sikit lari tak cukup tanah”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Mempunyai Tubuh Badan Yang Agak Gemuk. Kucing Ini Terpaksa Dikawal Untuk Turunkannya Dan Ianya Berjaya.

Seekor kucing yang memiliki sebuah tubuh badan agak besar berbanding yang sepatutnya ini kini mendapat perhatian di laman instagramnya. Kucing ini memiliki berat badan yang sebanyak 33 paun atau 15kg. Kucing itu juga digelar sebagai Bronson dan ianya juga telah mendapat pemilik yang baru iaitu Mike Wilson dan tean wanitanya. Pemiliknya yang asal telah pergi buat selamanya iaitu Megan Hanneman.

Menurut doktor haiwan yang merawat Bronson, memiliki berat badan seperti ini perlu dikawal dan dirawat kerana dia mungkin akan mendapat penyakit yang boleh menyebabkan m4ti. Kini Mike dan Megan mempunyai misi terbaru untuk menurunkan berat badan Bronson supaya dia dapat menjalani kehidupan yang sihat selepas ini.

Bronson hanya diberi makanan yang berkhasiat dan rendah lemak sahaja. Jumlah kalori makanannya juga dihadkan kepada 375 kalori sehari sahaja. Bronson juga sering diajak bermain untuk memastikannya melakukan sedikit aktiviti supaya boleh menurunkan berat badan selain daripada kawalan makanan yang diberikan.

Matlamat kini tuannya adalah untuk Bronson turunkan beratnya sebanyak satu paun (0.5 kg) dalam masa sebulan. Hal ini supaya Bronson memiliki kesihatan yang baik dalam kehidupannya. Sehingga kini, Bronson telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Kini beratnya 10kg sahaja. Sumber: instagram, boredpanda.com Kredit: SIAKAP KELI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jadikan Kucing Sebagai Hantaran. Sekali Telatah Kucing Ini Yang Meraih Perhatian Ramai

Gara gara tunangnya menhadiahkan seekor kucing sebagai salah satu hantaran, tak semena mena majlis pertunangan Yusmadiella raih perhatian. Sebelum ini, dikhabarkan ramai juga menjadikan kucing sebagai salah satu barang hantaran .

Namun begitu, ia masih dianggap unik bagi sesetengah orang. Malahan erkara itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini. Jelas Yusmadiella, tunangnya iaitu Abdul Qaiyum dan dirinya senidri meminati haiwan itu. Selepas sahaja dikongsi di FB, posting terbut meraih perhatian ramai.

Yusmadiella menceritakan kucing kacukn Parsi dan British Shorthair adalah pemberian tunangnya keran tahu dirinya sangat suka haiwan tersebut.”Memang plan dari awal dah sebenarnya. Memang dia nak bagi hantaran kucing tapi susah juga nak dapat. Seminggu sebelum majlis baru jumpa kucing yang dia nak bagi.”Dari kecil lagi minat dengan kucing, tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang rasa macam ada satu chemistry yang kuat dengan kucing. Ia boleh buat kita happy dan hilangkan stres, pencinta kucing yang lain mesti faham apa yang saya maksudkan,” cerita wanita berusia 24 tahun dari Sarawak ini.

Dia namakan kucing istimewa itu sebagai Bijibu Ashley, Yusmadiella memberitahu setakat ini dia memiliki tiga ekor kucing kesemuanya.Tambah wanita ini lagi, sebagai balasan, dia menghadiahkan set barang memancing kepada tunangnya itu.

“Sebenarnya kami berbalas hantaran berdasarkan minat masing-masning. Bakal suami minat memancing, dia bagi saya Bijibu, saya balas bagi mesin pancing Abu Garcia. Jadi di sini kami sama-sama menghormati minat masing-masing,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai majlis pertunangan yang berlangsung pada 2 Ogos lalu,

Jelasnya lagi, “Ia tak behave pun sebab asyik nak keluar dari dulang je. Mungkin dia rasa pelik sebab jadi tumpuan. Tetamu pun tengok macam pelik je hantaran bagi kucing kan, jarang tengok orang buat.”Memang haru biru sebab Bijibu tahu nak main je. Tak nak duduk diam-diam satu tempat. Banyak shot yang jurugambar ambil, siap pakej dia keluar dari dulang lagi. Boleh pula dia buat tak tahu je.

“Mujur tak lompat keluar… kalau lompat keluar rumah, mahu menangis tengok. Tapi pujian pada jurufoto sebab bertungkus lumus berusaha untuk ambil shot yang terbaik,” ceritanya.Tidak keberatan berkongsi cerita detik perkenalan bersama tunangnya, Yusmadiella mendedahkan mereka sebenarnya pernah menuntut di sekolah menengah yang sama di Sarawak.

“Tapi masa sekolah kami memang tak kenal dan tak berkawan langsung, sebab kelas lain-lain. Baru berkenalan awal tahun lepas.”Cuma yang bestnya bila dia sebenarnya dah menyimpan hati sejak dari sekolah dulu lagi tapi baru sekarang berani nak luah. Tak lama lepas tu kami terus buat keputusan untuk bertunang.”InsyaAllah majlis kahwin kami tahun depan nanti nak buat photoshoot sekali dengan si Bijibu Ashley,” ujarnya.

Banyak Pantang Larang Yang Perlu Diikut Untuk Menjaga Anak Kucing. Ianya Untuk Mengelakkan Perkara Ini Berlaku.

Anak kucing yang baharu lahir memerlukan penjagaan rapi agar ia dapat membesar dengan sihat. Menjaga anak kucing yang baharu lahir bukan perkara mudah. Ini kerana terdapat beberapa pantang larang yang perlu dititikberatkan agar ia dapat membesar dengan baik.

Ini termasuklah dengan menghindar daripada menyentuh anak kucing yang baharu lahir kerana ia boleh menyebabkan si ibu tidak mengenali anaknya serta enggan menyusukan mereka. Jika ia telah dipegang oleh manusia maka baunya akan berbeza dan menyebabkan si ibu kucing enggan menjaga dan mengabaikannya.

Susu yang sesuai memberi kesan kepada tumbesaran anak kucing.

Kebiasaannya, si ibu akan menjilat bayinya sebaik dilahirkan untuk mewujudkan bau khas mereka. Oleh sebab itu, sebaik-baiknya elak daripada menyentuh anak kucing pada minggu pertama ia dilahirkan dan sekiranya perlu berbuat demikian pakai sarung tangan ketika memegangnya. Sementara itu, pada empat minggu pertama, anak kucing akan minum susu ibunya tetapi jika ia dipisahkan daripada ibunya, ia perlu diberikan susu yang sesuai memandangkan ia memerlukan tenaga untuk membesar.

Anak kucing juga lebih kerap minum susu dalam tempoh itu sebelum boleh diberikan makanan mentah. Tidak hanya menjaga makan dan minumnya, pemilik juga perlu memastikan berat anak kucing dalam keadaan normal iaitu dalam lingkungan 300 gram dan memerhatikan peningkatannya dalam tempoh empat minggu. Jika berat badannya tidak meningkat, ada kemungkinan anak kucing mengalami masalah dan memerlukan rawatan di klinik haiwan. Jika keperluan dan penjagaan diberikan sebaiknya, anak kucing berpotensi membesar dengan sihat dan ceria.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.