Ada yang degil untuk rentas negeri untuk pulang beraya. Pakcik ni disahkan positif covid 19 gara gara anak menantu pulang beraya dari Johor.

Berita

Sikap anak dan menantu yang berdgil dan pentingkan diri membawa padah. Meskipun kerajaan sudah mengeluarkan arahan larangan rentas negeri dan ziarah Aidilfitri, masih ada yang tak endah dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.

Namun, malangnya bagi satu keluarga ini, satu nywa telah melayang disebabkan sikap pentingkan diri itu. Seorang doktor berkongsi kisah tentang pesakit lelaki berusia 70 tahun yang hadir ke hospital pada suatu petang dengan memakai gelang pink.

Menurut mStar, pakcik itu berkata dia dijangkiti selepas anak serta menantu pulang ke kampung ketika Aidilfitri baru-baru ini.Doktor: Pakcik pakai gelang pink sebab apa? pesakit: Anak pakcik positif. Doktor: Depa tu dari mana? Dok Kedah ke dari luar negeri? pes4kit: Depa dari Johor saja balik mai melawat raya hari tu. Tapi depa balik sana dah, dua tiga hari lepas.

Baca perbualan doktor dan pesaakit itu di bawah. Menyedihkan, pesakit itu disahkan pergi menghadap illahi pada jam 5 pagi, 23 Mei lalu dan doktor itu menasihati orang ramai agar mengikut SOP yang telah ditetapkan. Katanya, pasti ada sebab mengapa rakyat dilarang menjenguk orang tua, masjid tutup dan sebagainya.

Kebanyakan mereka adalah warga emas dan gambar yang saya tunjuk kesemua mereka berusia 50 tahun ke atas.” Ya mereka seusia dengan mak ayah kita. Jagalah diri anda, ibu bapa anda, keluarga dan rakan-rakan.” Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di Whatsapp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak pergi menghadap illahi biar depa seorang, hangpa jangan ikut.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Sumber: lobakmerah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

30 Individu Dari Zon Merah Covid 19 Degil Pulang Ke Terengganu Dengan Banyak Alasan. Sekali Jadi Punca Jangkitan 90 Kes Baru Positif Covid 19 Di Terengganu.

Kes rentas negeri melibatkan 30 individu dari zon merah COVID-19  yang pulang ke Terengganu dengan pelbagai alasan untuk menyambut Aidiltri menyebabkan jangkitan kepada 90 kes baharu di negeri tersebut, lapor Bernama. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kisah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan COVID-19 itu terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti di samping peningkatan mendadak kes dalam lokaliti di tiga daerah.

“Di Kuala Terengganu, seramai 40 orang disahkan positif COVID-19 hasil aktiviti rentas negeri yang dilakukan 13 individu manakala di  Hulu Terengganu, rentas negeri yang dilakukan sembilan individu mengakibatkan 26 orang lagi terkena jangkitan.

“Di Kemaman, lapan individu yang merentas negeri dan daerah akhirnya menyebabkan 24 orang disahkan positif COVID-19. “Kalau betul mereka mematuhi SOP, sudah tentu jangkitannya kecil sahaja tanpa melibatkan datuk, nenek, makcik, pakcik, cucu hingga sepupu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Beliau bagaimanapun memuji langkah yang diambil oleh sesetengah individu dari zon merah yang membuat penilaian risiko dan kuarantin diri sendiri kerana tindakan bijak itu berjaya menghalang penyebaran COVID-19 dalam skala yang besar.

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Lagi Kes Masa Hari Raya. Individu Ini Rentas Negeri Guna Surat Kerja Untuk Beraya Di Kampung Dan Jangkiti Keluarga Dengan Covid 19.

Ramai yang kecewa tak dapat pulang beraya di kampung minggu lalu, tapi dengan situasi Covid-19 yang makin meruncing, kita tetap duduk di rumah dan tak keluar beraya. Namun, masih juga terdapat segelintir individu yang pentingkan diri sendiri dan sanggup cuba pelbagai cara semata-mata untuk merentas negeri dan beraya bersama keluarga.

Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Facebook, seorang individu telah merentas negeri untuk menyambut Hari Raya di kampung dan menjangkiti beberapa ahli keluarga dengan Covid-19. Seorang individu telah menyalahgunakan surat pengesahan majikan dan pas pekerja dengan merentas daerah bagi tujuan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama ibu-bapanya baru-baru ini.

“Sedangkan beliau tinggal dan menetap di daerah lain. Akhirnya, disebabkan tindakannya yang tak patuh SOP PKP yang ditetapkan telah menyebabkan ramai ahli keluarganya turut dijangkiti Virus COVID-19.” Malah, selepas siasatan lanjut dijalankan, tiada SOP yang diamalkan semasa sambutan hari raya dan ekoran dari tindakannya ini, ibu bapa dan anak-anak saudaranya yang masih kecil kini sedang dirawat di hospital.

JKN Kedah kongsikan perkara ini untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya terus mengikut SOP yang ditetapkan dan menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab. Cubalah Tuan/Puan bayangkan sekiranya Kerajaan membenarkan aktiviti ziarah di Hari Raya dilakukan pada baru-baru ini? Adakah kes akan melonjak lebih tinggi atau bagaimana? “Kepada rakyat yang sentiasa terus mematuhi SOP, anda adalah warganegara yang amat bertanggungjawab, anda juga adalah anak yang bertanggungjawab kepada keluarga.”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Warga Emas Jangkiti Tujuh Individu Lain Lepas Lari Dari Pkpd. Nak Sambut Raya Punya Pasal Sampai Sanggup Lari.

Peningkatan kes Covid-19 di negara kita makin hari makin membimbangkan. Hari ini je, kita dah merekodkan kes positif harian tertinggi sebanyak 6,806 kes. Perkara ini berlaku dah tentunya disebabkan tindakan segelintir individu yang masih degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan wabak ini.

Salah satunya seperti yang berlaku di Bachok, Kelantan di mana seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu telah bertindak untuk melarikan diri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kampungnya.

Dikatakan, wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an ini telah lari dari rumahnya untuk menetap dengan ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelatan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin tindakan wanita ini disedari selepas pihaknya gagal mengesan wanita tersebut walaupun namanya terdapat dalam senarai.

Kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat. “Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.”

Malangnya, keputusan ujian swab yang keluar pada hari raya kedua lalu menungjukkan wanita ini positif Coid-19 dan telah pun menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat. Zaini Hussin turut menambah yang wanita itu dipercayai keluar dari kampungnya selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan selain mahu menyambut Aidilfitri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Bekas Pesakit Covid 19 Alami Simptom Susulan Melebihi Hampir Empat Minggu. Terkejut Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Ada Simptom Lama Macam Tu.

KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh. Simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu penelitian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.

Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih. “Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu. Jelas Dr Nurul, simtpom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. “Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.”

Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya. Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka. Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Kena Tahap 2 Tapi Dah Teruk Macam Ni. Wanita Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Dijangkiti Covid 19. Terkejut Sampai Sakit Macam Ni Sekali Dia Kena.

“Covid-19 ni sakit weh. sakit paling teruk yang saya pernah alami seumur hidup. Setiap saat rasa macam saya akan pergi menghadap illahi, dan saya hanya stage 2. Jangan la buat main dengan virus ni”. Demikian tulis seorang pesakit covid-19 menerusi satu ciapannya di Twitter yang sehingga kini meraih 15,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Meera berkata, episod ngeri tersebut bermula selepas dia mengalami beberapa gejala penyakit covid-19 hampir dua minggu lalu. “Saya mula demam dan selsema yang teruk, sakit kepala teruk dan sakit-sakit badan.

Hilang deria bau dan rasa. Saya juga alami sesak nafas. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja! “Memandangkan seorang anak buah saya diuji positif virus covid-19, jadi keluarga kami semua buat swab test dan saya seorang saja yang positif.

“Saya memang macam dah boleh agak yang saya mungkin positif covid-19. Jadi bila keputusan keluar, saya hanya bertenang… cuma risaukan anak sebab dia baru empat tahun, dan suami sebab tidur sekali,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Meera, dia masih lagi dirawat dan dikuarantin di sebuah hospital di Johor sejak 14 hari yang lalu dan masih dikategorikan sebagai pesakit covid-19 tahap 2. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu dirawat, Meera berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kesakitan setiap kali prosedur pengambilan cairan merah.

“Setiap hari kena ambil arterial bld. Memang sakit sungguh sebab hari-hari kena ambil cairan merah, kena cuck macam-macam. Peringkat awal, keadaan saya teruk juga. Sesak nafas… setiap kali nak ambil nafas tu dada macam kena remuk.

“Saya juga muntah-muntah yang teruk… ada tahap sampai keluar ketulan cairan merah,” ujarnya. Menyaksikan keadaan pesakit lain yang lebih teruk di hadapan mata sendiri juga merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh ibu kepada seorang anak ini.

“Ada satu kes wanita mengandung. Oksigen dah tak cukup sampai baby dalam perut dia tak bergerak dah. pesakit tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi dan dia ditidurkan untuk intubated.“Setakat ini tak ada lagi nampak pesakit pergi menghadap illahi di depan mata…

tapi ada masanya akan dengar jururawat kelam kabut bila ada kes pergi menghadap illahi. Saya risau dan terfikir, bimbang keadaan saya juga bila-bila masa boleh teruk,” ujarnya yang juga seorang pekerja di sektor swasta. Memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih, Meera berkata dia bagaimanapun masih perlu dipantau dan sehingga kini masih tidak pasti bilakah dirinya akan dibenarkan keluar hospital.

“Memang akan rasa down dan rindu dengan keluarga. Tapi suami selalu video call, hantar gambar anak. Kurang la sikit rasa down bila tengok muka anak. Lebih bersemangat untuk lekas sembuh jadi boleh balik cepat. “Kepada mereka di luar sana, tolonglah jaga porsedur operasi standard (SOP). Pakai mask, kerap cuci tangan dan jagalah jarak. Jangan sesekali ambil mudah.

“covid-19 bukan demam biasa atau selesema biasa. sakit sangat-sangat dan ia memang real, bukan hoax (khabar angin) atau tipu. Saya sendiri dah melihat keadaan pesakit yang begitu teruk, sampai ditidurkan untuk masuk tiub. “Saya baru stage 2 dah sksa, apa lagi stage 3,4, 5? Minta jauh… jagalah diri dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Ketua Pengarah Operasi Pfizer Cadangkan Suntikan Vaksin Pfizer Mungkin Perlukan Dos Ketiga Untuk Menentang Covid 19.

Washinton: Suntikan dos ketiga vaksin C0VID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk menentang coronavirus juga mungkin diperlukan.

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. “Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

Malah, vaksinasi bagi C0VID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang tentang virus itu, katanya dalam temubual bersama CNBC. Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin C0VID-19 memberi ketahanan menetang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus. Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi kompikasi teruk akibat C0VID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Sumber : cari.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/19/svntikan-vksin-pfizer-mungkin-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Hampir 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Lepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin. Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVlD-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kees yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksln COVlD-19. 

Manakala sembilan kes selebihnya dijangklti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti C0VID-19 selepas menerima dos pertama vaksin. 

Namun kesemua mereka yang dijangklti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVlD-19. Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVlD-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/40-petugas-