Ramai terkejut patung gergasi seram Squid Game memang wujud.

Hiburan

Anak patung gergasi yang muncul dalam filem popular di Netflix, Squid Game rupanya bukan sekadar prop.

Menurut portal Koreaboo, orang ramai baru-baru ini mendapati bahawa patung robot yang muncul dalam permainan ‘Red Light, Green Light’ itu boleh ditemui di taman dan muzium kereta kuda di daerah Jincheon, Korea Selatan.

Difahamkan kru produksi Squid Game meminjam patung itu dari Muzium Jincheon, juga dikenali sebagai Macha Land dan mengembalikannya semula selepas tamat penggambaran.

Namun malangnya, dalam satu muat naik di laman web muzium tersebut pada 27 September lalu, pihak muzium memutuskan untuk tidak lagi mempamerkan patung tersebut di taman tersebut.

Menurut Hankook Ilbo, keputusan menyimpan patung tersebut adalah atas permintaan pengeluar patung yang membuatnya khusus untuk drama terbabit.

Selepas penggambaran selesai, syarikat itu meminta pihak muzium menyimpannya di stor persendirian, namun akibat masalah komunikasi, muzium tersebut mempamerkannya untuk tatapan orang awam sebaik ia disiarkan.

Patung gergasi itu kini telah dibungkus dan akan disimpan di stor muzium.

Memandangkan impaknya yang mampu mengesan peserta Squid Game dan membunuhnya, ia turut tersenarai sebagai ‘patung seram’ sebaris dengan Chucky dan Annabelle.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemilik Tertekan Terima Lebih 4000 Panggilan Setiap Hari. Tak Sangka Nombor Telefon Pada Kad Squid Game Memang Wujud.

Baru beberapa hari ditayangkan, siri Squid Game yang ditayangkan di Netflix kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Malah, ia juga telah menduduki tempat pertama carta di banyak negara sekali gus menjadikannya siri Korea Selatan paling popular.

Pun begitu, semenjak siri ini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia, ada beberapa individu telah tampil mendkwa mereka telah menerima banyak panggilan telefon dan mesej selepas satu babak dalam siri terbabit yang memaparkan satu nombor telefon, lapor The Korea Herald. Difahamkan, dalam salah satu babak siri terbabit, aktor Gong Yoo telah memberikan satu business card kepada Ki-hoon (lakonan Lee Jung-jae) untuk mengajaknya menyertai pertandingan Squid Game.

Business card yang ditawarkan dalam Squid Game ini memaparkan lapan digit nombor telefon yang memerlukan bakal peserta untuk mendialnya untuk menyertai pertandingan ini. Dkwa seorang lelaki yang enggan dikenali, dia telah menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang tak dikenali sejak siri itu dipaparkan kepada umum.

“Saya dah lebih 10 tahun pakai nombor ini jadi saya agak terkejut. Kadangkala, saya terima hampir 4,000 panggilan setiap hari,” jelasnya dalam satu temu bual. Tambah lelaki terbabit lagi, dia langsung tidak tahu bagaimana orang ramai boleh mendapat nombor telefonnya sehinggalah dia diberitahu oleh salah seorang pemanggil bahawa nombor telefonnya telah dipaparkan dalam satu babak siri terkenal Netflix itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga individu lain yang tampil mendkwa mereka menjadi mngs4 prank call gara-gara nombor telefon mereka hampir dengan nombor telefon yang dipaparkan dalam business card dalam siri berkenaan. Individu terbabit juga sempat memberi pesanan kepada pengarah Squid Game supaya menghubunginya bagi menyelesaikan masalah terbabit. Selepas dakwaan-dakwaan ini muncul, Netflix Korea berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci dan mereka juga sedaya-upaya cuba menghubungi mngs4-mngs4 yang mendakwa menerima prank call.

Untuk pengetahuan korang yang mungkin belum berkesempatan nak tonton siri ini, Squid Game menceritakan tentang 456 individu yang mempunyai masalah tersendiri terutamanya kewangan menjadi peserta sebuah permainan dimana mereka akan memperoleh 45.6 bilion won sebagai hadiah. Squid Game menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo. Sumber: The Korea Herald

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.