Pawang terkenal telah pergi buat selamanya gara gara CvdI9. Sekali pernah sediakan posyen mampu tamatkan wabak CvdI9.

Terkini Viral

Seorang pawang berprofil tinggi dari Sri Lanka dimaklumkan telah pergi buat selamanya pada Khamis, 23 September lalu selepas dijangkt1 wabak CVDI9, lapor BBC. Eliyantha White, 48, sebelum ini mendkwa posyen yang dihasilkannya berdasarkan resepi yang didapati menerusi mimpi mampu untuk melindungi orang ramai daripada dijangkiti wabak bahaya berkenaan.

Memetik laporan The Straits Times, White yang pernah merawat beberapa bintang sukan dan ahli politik ternama termasuklah Perdana Menteri Sri Lanka, mendkwa jika posyen buatannya itu dituangkan ke dalam sungai, ia mampu menamatkan pandemik yang melanda Sri Lanka dan negara jiran, India. Pawang terbabit bagaimanapun mula jatuh sakit selepas dijngk1ti CVDI9 awal bulan lalu dan telah dibawa ke hospital tempatan dimana kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Posyen yang dihasilkan White sebelum ini pernah dipromosikan oleh bekas Menteri Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi sebelum beliau juga positif wabak sama dan terpaksa menghabiskan masa dua minggu di Unit Rawatan Rapi. Wanniarachchi kemudiannya diturunan pangkat namun masih kekal berada dalam Kabinet.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2010, White pernah menarik perhatian dunia selepas pemain kriket India, Sachin Tendulkar secara terbuka berterima kasih kepadanya selepas White merawat kecederaan lutut dialami atlet tersebut. Pun begitu, cara rawatan White itu ditolak oleh para doktor. White juga pernah mendkwa dalam satu temubual pada tahun sama bahawa dia mempunyai kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.

Pemergian White itu turut meraih perhatian Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa yang pernah mendapatkan konsultasi daripadanya. Sumber: The Straits Times, BBC

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.