Mulai esok pdrm akan tawarkan diskaun kompaun saman sehingga 50 peratus. Untuk anda yang ada saman tu bolehcepat dapatkan diskaun ni.

Viral

Mereka yang mempunyai saman trafik boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% mulai esok (18 Jun 2021) sehingga 18 Julai depan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata tawaran pengurangan kompaun saman trafik yang ditawarkan oleh PDRM itu  tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.” Katanya lagi, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM, muat turun aplikasi di telefon pintar.

“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.” Dalam pada itu, Datuk Azisman berkata, sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, tidak boleh bayar di kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah kerana ianya ditutup bagoi membendung penularan jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, lapor Astro Awani.

Selain itu, beliau berharap dengan kempen ini, ia dapat membantu orang ramai dalam situasi sukar ini. MyBayar saman adalah insisatif JSPT untuk menyokong kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai kepada masyarakat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.