Pelajar Form 5 luka teruk apabila terlibat dengan kejadian ini. Ianya berlaku sewaktu nak pergi cari sesuatu ini.

Dunia Kebersihan Kehidupan keluarga

Seorang pelajar berusia 17 tahun cedera teruk selepas terlibat dalam satu kejadian jalan raya Jumaat lepas ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan capaian internet bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Berdasarkan laporan, kejadian terbabit berlaku pada jam 9.45 pagi di Selama, Perak dan ketika itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein berkenaan sedang menunggang motosikal ke rumah bapa saudaranya sebelum terlibat kejadian yang tak diingini dengan sebuah kereta jenis BMW.

Menurut kakak, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, disebabkan kejadian itu adiknya mengalami luka yang teruk termasuk patah pada bahagian paha kiri, luka pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan. Oleh kerana capaian Internet yang lemah di rumah di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama.‚ÄĚ

Perkongsian Siti Nurzulfa sebelum ini menjadi viral di media sosial dan kisah adiknya mendapat perhatian ramai warganet yang bersimpati dengan nasib menimpa pelajar itu. Katanya lagi, memang kebanyakan rumah di kawasan itu sering menghadapi capaian internet sejak bertahun lamanya. Keadaan itu menyukarkan murid sekolah kebangsaan dan menengah di situ untuk mengikut PdPR malah dia juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.