Pemuda ini tetap hadir ke rumah bekas isteri semata mata nak buat kejutan. Ramai yang tersentuh dengan usaha pemuda ini.

Kehidupan keluarga Viral

Biarpun telah berpisah dengan pasangan, kasih sayang antara ibu bapa dan anak tak akan terpvtus hingga ke hujung usia. Malah, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap berjalan seperti biasa walaupun hak penjagaan dimiliki bekas pasangan.

Baru-baru ini, seorang lelaki membuat orang ramai tersentuh dengan tindakannya yang tetap mendatangi si anak bagi menyambut ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu. Biarpun telah berpisah, si ayah telah ke rumah bekas isterinya untuk menghantar hadiah kepada anak mereka. Kongsi lelaki itu, anaknya pernah memberitahu bahawa dia menginginkan basikal sebagai hadiah hari lahir. Berniat membuat kejutan, si ayah awalnya mengaku kononnya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli basikal kepada kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu kemudiannya berpura-pura ingin pulang ke rumah sebelum mengambil basikal yang diletakkan di sebelah rumah, membuatkan si anak terharu dan memeluk lelaki berkenaan.

“Percayalah nak, sekalipun ayah sudah tidak serumah dengan ibumu dan ayah memang tidak setiap waktu di sampingmu, ayah akan selalu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kalian anak-anakku,” tulisnya. Rata-rata warga maya memuji usaha lelaki berkenaan yang terus menjalankan tanggungjawabnya. Ini baru ayah yang bertanggungjawab, sudah berpisah tapi tetap menafkahi dan menyayangi anak-anak.

Buat yang masih ada pasangan, semoga kekal kerana perpisahan itu sakit, apa lagi sudah punya keturunan

Kalau isteri ada istilah ‘bekas’, tapi anak tiada istilah itu

Sumber : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.