Pengantin terus nampak muda dari umur 60an terus jadi 30an. Tak rugi tempah jurusolek ini.

Wanita

Menjelang hari bahagia, setiap wanita pastinya ingin tampil lebih menawan dan cantik di hari perkahwinan mereka.

Malah, mereka juga sanggup mengupah jurusolek atau MUA yang berkemahiran untuk tampil lain dari lain pada hari bahagia itu.

Seperti video yang dikongsi di TikTok oleh jurusolek @ermatahir yang berjaya mentatarias seorang pengantin berusia 60 tahun tampil seperti anak dara pada majlis nikahnya.

Menurut @ermatahir, awalnya pengantin berkenaan bertanya adakah dia boleh mentatarias seseorang yang sudah berusia 60 tahun. Bimbang akan usianya, pengantin juga dikatakan meluahkan hasrat kepada @ermatahir untuk tampil berseri di hari bahagia.

Pengantin suka sangat.

Yakin akan kemahiran yang ada, @ermatahir berjaya membuat pengantin berusia 60 tahun berkenaan berpuas hati dengan hasil kerjanya selain dia juga tampil lebih cantik.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rara-rata warganet memuji akan kemahiran yang dimiliki oleh MUA berkenaan. Mereka turut memuji bahawa pengantin tidak terlihat seperti sudah berusia.

Manis je tengok je tengok pengantin tu. Semoga berbahagia hingga ke syurga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.