Semalam beberapa kawasan lagi diumumkan pkp. Sekali ini penjelasan dari Ismail Sabri buat ramai yang tak senang duduk.

Berita

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 hingga 20 Mei ini. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKP di Kuala Lumpur setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ismail Sabri memaklumkan KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat. “Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga