Staf Pejabat Mufti telah pergi buat selamanya akibat Covid 19. Sekali perkongsian Dr Zulkifli buat orang lain sebak.

Fakta Kehidupan keluarga Kesihatan

KUALA LUMPUR: “Dahulunya beliau mandikan pesakit covid-19, semalam beliau pula dimandikan oleh petugas. “Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan,” Itu antara bingkisan perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Perkongsian itu berkaitan seorang kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dikenali sebagai Datu Sadam yang telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat jangkitan c0v1d-19, pada Ahad.

Datu merupakan individu yang terlibat sebagai Pasukan Pengurusan pesakit yang telah tiada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) bagi menguruskan pes4kit c0v1d-19. Zulkifli berkata, kehilangan Datu diketahuinya pada jam 12 tengah malam melalui aplikasi WhatsApp.

“Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula melapor diri sekitar tiga hingga empat tahun lalu. Dek keunikan namanya dan tubuh yang sedikit gempal serta sifatnya yang ramah saya senang mengingati beliau,” kata Zulkifli.

Menceritakan kenangan bersama Datu, Zulkifli menyatakan setiap kali mengadakan lawatan kerja ke Labuan, Datu antara individu terawal akan menyambutnya di Lapangan Terbang Labuan. “Selesai tugas di siang hari biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut, beliaulah biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat lain. Beliau pergi dalam usia yang muda 30 tahun, namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif c0v1d-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan JAKIM dan JAWI bagi menguruskan pes4kit c0v1d-19. Saya doakan semoga allahy4rh4m Datu Sadam Turan dikurniakan syahid dan ibu bapa serta keluarganya dikurniakan ketabahan dan kesabaran,” tambah Zulkifli.

Sumber : wowberita

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.