Dalam ucapan tahniah warganet buat pengasuh Siti Aafiyah. Ada pula yang pertikai soal rentas negeri dan rupanya ini sebabnya.

Dunia Kehidupan Viral

Tahniah diucapkan kepada pengasuh anak kepada Dato’ Sri Siti Aafiyah iaitu Hidayah Zubit yang telah selesai dinikahkan bersama dengan pasangannya iaitu Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.

Majlis pernikahan itu telah diadakan secara sederhana di kampung halaman Hidayah iaitu di Pulau Pinang. Namun, apa yang menjadi persoalan pada sesetengah warganet ialah tentang kehadiran Hidayah ke negeri Terengganu yang merupakan kampung halaman Ridzuan. Seperti yang tahu, seluruh negara kini sedang berada di bawah perintah total lockdown yang mana banyak aktiviti terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya tentang sebab utama mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri pulang ke kampung walaupun hakikatnya beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sebenarnya, tujuan Hidayah merentas negeri ialah bagi mengikuti suaminya pulang ke kampung selepas majlis pernikahan mereka sahaja dan bukannya atas sebab lain.

Mereka berdua juga telah melakukan swab test sesudah sampai ke Terengganu bagi mengelakkan diri daripada menjadi pembawa v1rus. Jadi mungkin dekat sini dah jelas lah mengapa Hidayah dan suaminya merentas negeri, harapnya tak ada lah yang marah pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram Dayah Zubit

Sumber : https://www.hotfm.com.my/