Tular pesakit terbaring nak masuk islam. Sekali terharu bila ada frontliners yang sudi bantu ucap syahadah.

Viral Wanita

Meskipun pandemik CvdI9 dianggap sebagai membahayakan nyawa, namun masih terdapat hikmah di sebalik kejadian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 terbuka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum ditidurkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terbaring di atas katil hospital dengan menggunakan tiub bantuan pernafasan sebelum didatangi beberapa petugas kesihatan. Petugas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) turut memegang sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah bagi memudahkan proses pengislaman.

Tonton video penuh:

“Okey aunty, aunty tahu kan apa kita mahu buat. Kita dah belajar tadi kan. Kasi niat, seikhlas hati,” kata petugas berkenaan. Selepas mengangkat jari telunjuk, wanita tersebut secara perlahan-lahan mengikuti lafaz yang disebut petugas itu sehingga selesai termasuk maksud di sebalik kalimah suci Allah SWT itu. “Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya. Muslim sudah amin,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dan kesahihan mengenai rakaman video tersebut yang telah mengundang pelbagai reaksi positif warganet. Video itu menerima 5,900 perkongsian setakat ini dan 4,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan. Sumber: oh my media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.