Potong gelang pink sendiri. Tak boleh berdiam sekali lelaki ini tampil dedahkan cerita sebenar.

Viral

Tular di sosial media semalam, 3 utas gelang ‘pink’ bagi individu yang perlu dikuarantin ditemui berhampiran sebuah masjid di Kampung Bunohan, Kelantan. Kekecohan berlaku selepas warganet mula membuat spekulasi pesakit yang dijangkiti Covid-19 memtng gelang mereka sendiri dan melarikan diri.

Milik 3 sekeluarga termasuk dua anak

Siasatan menemui pemilik gelang tersebut iaitu seorang lelaki bersama dua orang lagi anaknya yang telah menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan Bunohan pada 15 Ogos lalu. Setelah disahkan positif kerana kontak rapat dengan isterinya, mereka dihubungi semula untuk memakai gelang baru bertarikh 15 Ogos hingga 25 Ogos dan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Lelaki itu mengaku mengambil gelang yang dipotong tanpa pengetahuan petugas kesihatan kerana beranggapan gelang itu perlu disimpannya sendiri. Namun, dia tidak menyedari kehilangan gelang itu selepas dikatakan tercicir dari poket seluarnya dan menyebabkan salah faham dari pelbagai pihak.

Semakan dokumen dibuat dan perkara itu telah disahkan oleh klinik kesihatan tersebut. Pihak polis berharap dengan penjelasan ini, segala komen yang berunsur negatif daripada semua pihak dapat dihentikan.

Sumber: Siti Rohana Idris/Harian Metro