Nilai 3 jadi rebutan antara Selangor dan Negeri Sembilan. Tak boleh berdiam sekali Datuk Bandar Seremban tampil dedahkan kisah di sebalik isu panas ni.

Viral

DENGAN tidak semena-mena, nama Kawasan Perindustrian Nilai 3 di Seremban, Negeri Sembilan menjadi sohor di laman sosial gara-gara isu rentas negeri selebriti popular, Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Malah, Nilai 3 terus hangat diperkatakan sehingga menjadi parodi atau jenaka ramai apabila kes rentas negeri itu tidak didakwa di mahkamah selepas mengambil kira kajian yang dilakukan Pejabat Peguam Negara. Rata-rata warganet di media sosial, memuat naik status yang mengatakan Nilai 3 kini sudah ‘berpindah’ ke Selangor, sehingga mendorong Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung Nilai 3 di Twitter baru-baru ini.

Bagaimanapun lonjakan popularti Nilai 3 dilihat seolah-olah ‘talian hayat kedua’ buat majoriti peniaga yang sebelum ini bagaikan ‘hidup segan mt tak mahu’ sejak ia dibuka pada 2001 gara-gara kurang mendapat sambutan orang ramai apatah lagi rentetan pandemik C0vid-19. Wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie menemubual Datuk Bandar Seremban, Datuk Zazali Salehudin yang berkongsi kisah di sebalik isu panas Nilai 3.

SINAR HARIAN: Berdasarkan sejarah, daerah Lukut (Port Dickson) sebelum ini pernah berada di bawah jajahan Selangor sementara daerah Beranang dan Semenyih pula dimiliki Negeri Sembilan sebelum termaktubnya Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878. Cuma baru-baru ini, ekoran kontroversi rentas negeri Neelofa, ada pihak membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah menjadi milik Selangor. Apakah komen Datuk?

ZAZALI: Kontroversi yang mengatakan Nilai 3 di kawasan Selangor, hanyalah ketidakfahaman masyarakat umum tentang sempadan kawasan pentadbiran sesuatu negeri. Namun pada saya, isu tersebut juga lebih kepada sekadar gurauan di media sosial sesama warganet. Itu saja.

Untuk mengimbau asal-usul sebenar Nilai sama ada terlibat sama dengan Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878 iaitu turut merangkumi Lukut, maaf saya juga kurang jelas berhubung perkara itu. Mungkin kena rujuk yang lebih arif, Persatuan Sejarah mungkin lebih tahu. Namun, apa yang pasti, Nilai sekarang memang di bawah seliaan pihak kami.

Pada pandangan Datuk, apakah perspektif baik dan buruk di sebalik kontroversi ini? Dari sudut positif, saya yakin sekarang ramai orang akan tengok peta kerana benar-benar hendak tahu di mana lokasi sebenar Nilai. Selain itu, pada masa sama mereka juga ingin mengetahui sendiri apa yang ada serta dijual di Nilai 3 termasuklah karpet atau jualan barangan borong.


Cuma, saya berasakan dalam isu viral Nilai 3 di Selangor, ia sekadar gurauan yang tidak perlu dipanjangkan lagi terutamanya dengan penuh kata-kata sindiran. Sepatutnya, kita lebih fokus dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain memikirkan bagaimanakah cara yang paling efisien untuk membantu kerajaan bagi memastikan situasi menang-menang dalam segala hal termasuk memerangi Covid-19. Itu jauh lebih penting berbanding kontroversi sebegini.

Ramai juga yang kurang maklum bahawa Nilai 3 kini sudah berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak tahun lepas. Boleh Datuk ceritakan dengan lebih lanjut?Untuk pengetahuan semua, Nilai 3 kini berada dalam daerah Seremban selepas pengisytiharan Seremban sebagai sebuah bandar raya berkuat kuasa 1 Januari 2020. Ia juga berada di bawah seliaan MBS semenjak penggabungan Majlis Daerah Seremban (MDS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai MBS pada tahun lepas.

Umum mengetahui kesuraman yang melanda peniaga di Nilai 3 sebelum ini sedangkan ia pernah dinobatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia. Apa pandangan Datuk? Pembangunan di kawasan Nilai 3 sememangnya agak perlahan terutamanya sejak pandemik Covid-19, sekali gus menyebabkan kuasa pembelian terhad gara-gara kekurangan pelanggan serta mengakibatkan syarikat perniagaan juga tidak begitu berkembang.

Berdasarkan pemerhatian, faktor utama yang menjejaskan kedatangan pengunjung ke Nilai 3 adalah kerana kepelbagaian aktiviti perniagaan serta perbandingan harga yang ditawarkan lokasi lain. Aktiviti mempromosikan Nilai 3 sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia semakin kelam sama ada daripada agensi kerajaan mahupun persatuan peniaga sendiri berbanding pada awal-awal kewujudan Nilai 3 suatu ketika dahulu.

Disebabkan itu, kedatangan pengunjung hanya disifatkan bermusim terutamanya ketika musim perayaan atau perkahwinan. Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi MBS ketika menyeliakan Kawasan Perindustrian Nilai 3 sepanjang tempoh PKP?

Mana-mana premis hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Penjadualan kebersihan di sekitar Kawasan Perindustrian Nilai 3 juga dijalankan seperti biasa seperti mana sebelum PKP, jadi tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang didapati membuang sampah secara haram.

Tempat pembuangan sampah haram juga sering dibersihkan secara berjadual dan ia juga disita agar pembuangan sampah haram tidak lagi berlaku di sekitar kawasan Nilai 3. Dengan pelaksanaan PKP, kehadiran pelanggan di Nilai 3 juga dilihat amat terhad dan minima. Jadi, adakah digerakkan sebarang inisiatif daripada MBS untuk membantu golongan peniaga yang terjejas di situ?

Sudah semestinya. Mana-mana peniaga yang menyewa premis MBS pernah diberikan pengecualian sewa untuk tiga bulan pada tahun lepas. Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan juga memburukkan lagi nasib peniaga di Nilai 3. Pengecualian bayaran sewa premis itu juga telah diberikan kepada peniaga terjejas pada awal tahun ini.

Sedikit soalan berbeza Datuk. Dalam usaha mendepani pandemik Covid-19, boleh Datuk kongsikan bentuk inisiatif yang dilaksanakan MBS dalam usaha membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pihak kami sememangnya berdedikasi membantu pihak berkenaan dalam aspek sanitasi awam.

Pada masa sama, MBS juga telah memberikan kebenaran untuk menggunakan pelbagai dewan serba guna seperti Dewan MBS, Dewan Sikamat, Dewan Sendayan dan Dewan MBS Cawangan Nilai untuk dijadikan Pusat Pemberian V4ksin, sekali gus memudahkan orang ramai.

sumber: sinar harian, samsonstudios

Ada Yang Kata Nilai 3 Tempat Neelofa Beli Karpet Terletak Dalam Selangor. Sekali Hattan Tampil Bagi Kata Kata Pedas Buat Ramai Yang Terdiam.

Setelah tular kecoh diperdebat warganet, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan. Pengesahan tersebut dimaklumkan agensi berkenaan menerusi hantaran kepada persoalan ‘panas’ yang dikemukakan pelbagai pihak dalam akaun sosial rasmi Facebooknya.

“Tuan, Nilai 3 berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor. Harap maklum,” jawab ringkas pentadbir laman tersebut sebagai merujuk pertanyaan ramai warganet. Sejak kelmarin, pengguna media sosial negara ini berang dengan langkah Jabatan Peguam Negara tidak mengatakan pasangan selebriti terkenal atas tuduhan sengaja merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dipetik media sebagai berkata, kertas siasatan berkenaan sudah pun dirujuk kepada pejabat Peguam Negara di sini.Jawapan itu mengundang reaksi marah warganet kerana jelas Noor Neelofa Mohd.

Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail sah merentas ke Negeri Sembilan dari Selangor. Justeru, ramai warganet membuat jenaka selain berseloroh mengkritik Jabatan Peguam Negara sebagai ‘buta’ geografi atau tidak pernah tahu garis sempadan antara dua negeri berjiran itu.

Respon Hattan Tentang Perkara Ini

Penyanyi veteran juga tampil berikan pendapat tentang perkara ini yang mendapat perhatian orang ramai. Beliau ceritakan sejarah Nilai 3 dan cerita sebenar supaya oarang tidak keliru. Nilai 3 adalah bandar kecil di Daerah Seremban, Negeri Sembilan serta terkenal sebagai destinasi beli-belah produk tekstil,

perabot dan permaidani yang dimajukan awal tahun 2000. Ia terletak tidak jauh dari sempadan dengan negeri Selangor dan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban disebabkan kedudukan geografinya masih dalam Daerah Seremban.

Sumber:UTUSAN ONLINE & Selebriti Malaysia via awattsheikh

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Warganet Yang Tukarkan Nilai 3 Jadi Milik Selangor Sebab Neelofa. Terkejut Sekali Menteri Besar Negeri Sembilan Dan Selangor Tampil Komen.

Seremban: Pusat membeli-belah Nilai 3 Nilai di sini, seolah-olah menjadi rebutan antara Negeri Sembilan dengan Selangor gara-gara k.es usahawan dan s.elebriti p.opular Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail.

Neelofa dan Muhammad Haris sebelum ini tidak ditduh atas keslahan merentas negeri ke Nilai 3 pada awal bulan ini sebaliknya pertuduhan hanya membabitkan kes tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu dikesan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berkunjung ke kedai karpet Naeem Carpet Sdn Bhd di sini, pada 2 Mei lalu. Isu itu membuatkan warganet di media sosial, memuat naik status sindiran mengatakan Nilai 3 kini seolah-olah sudah berpindah ke Selangor.

Kenyataan itu turut mengundang reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai Nilai 3. Aminuddin menerusi ciapan di Twitter miliknya mengusik dengan menulis ‘berapa harga nak beli Nilai 3 ya? dan kemudian dibalas Amirudin ‘Hahaha kena bincang dengan juru nilai’.

Aminuddin kemudian membalas ‘kejap, saya ukur Nilai 3’, sekali gus disambut seorang individu lain yang menawarkan perkhidmatan ukur tanah, sambil menulis janganlah jual Nilai 3 Datuk. Aminuddin kemudiannya membalas dengan jawapan bahawa beliau hanya sekadar bergurau.

Isu Neelofa dan suami ke Nilai 3, menimbulkan rasa tidak senang warganet kerana tiada pendkwaan rentas negeri dikenakan terhadap pasangan terbabit yang jelas memasuki Negeri Sembilan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman sudah mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung isu pergerakan rentas negeri membabitkan pasangan berkenaan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Kredit : HMetro via OM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Selesai Satu Kes. Harini Satu Lagi Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Polis Pada Neelofa Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka.

SEREMBAN – Pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan terkesan berita di laman sesawang yang tular di mana Noor Neelofa hadir ke M.ahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban semalam dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

“Laporan polis diterima kerana t.indakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (S0P) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang. “Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan S0P tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020. “Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Ksksn [A.kta 574] dan P.eraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berj.angkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J.angkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.

Jelas beliau, pihak polis tidak akan berk.ompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan S0P yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Semalam, dilaporkan Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismal yang hadir ke Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam mengaku tidak bersalah atas pertduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (S0P) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM 5,000 atas satu pertduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera. Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM 10,000 atas dua pertuduhan iaitu g.agal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka ditduh di bawah P.eraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Ja.ngkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Dikenakan Ikat Jamin Tentang Kes Pegi Beli Karpet Di Nilai. Sekali Lagi Neelofa Jadi Perhatian Ramai Bila Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Purdah Neelofa.

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa, 32, sekali lagi meraih ‘populariti’ apabila didakwa tidak memakai pelitup muka oleh warganet ketika hadir di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, atas dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?” Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama. “Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu. “Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula. “Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.

Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.

Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan tidak patuhi SOP PKPB selepas pertduhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff. Mereka didakwa atas pertdhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kedai Naeem Carpet di No 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. PU Riz juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan telah menasihati kepada wanita yang berniqab supaya memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai juga pelitup muka walaupun berpurdah. Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangktiti C0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti. “Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada duajenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Neelofa okey, patuh arahan mahkamah – Peguam

SEREMBAN: “Neelofa okey saja. Kita kena patuh arahan mahkamah.” Demikian kata peguam kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, Haresh Mahadevan ketika mengulas pertdhan melibatkan anak guamnya yang didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pertdhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap semua pertudhan dikenakan kepada mereka.

Majistret menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah tidak patuhi SOP PKPB. Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan dan dikenakan ikat jamin RM10,000 manakala Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000.

Pihak pendakwaan sebelum itu memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepada kedua-dua tertduh. Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa tiada pendakwaan melibatkan rentas negeri, Haresh mengakui tidak tahu mengenai perkara itu.

“Tak tahu kenapa tiada pertuduhan rentas negeri. “Hari ini tiada isu rentas negeri, tidak dibangkitkan. Hanya pertuduhan pada hari ini disebut,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah. Isu tidak patuhi SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.

SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga warganet bersatu hati menyokong petisyen bertajuk tidak patuhi SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera. Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Berikut senarai kesalahan yang di tulis dalam petisyen tersebut. Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali tidak patuhi SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik C0VID-19. Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.

Berikut kesalahan-kesalahan tidak patuh SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan: 1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil). 2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan) 4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (tidak patuh SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera ditahan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu. Azwan Ali antara rakan selebriti yang lantang mengkritik Neelofa. “Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali tidak patuh SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu. Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertdhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.