Sehari sebelum sambut hari lahir gadis ini dedahkan bapa positif covid 19. Sedih tak dapat nak sambut birthday bersama dengan bapa.

Viral

Pandemik Covid-19 di Malaysia ketika ini masih lagi ditahap yang membimbangkan. Setiap hari ribuan kes positif baru direkodkan dan jumlah pemergian juga setiap hari semakin bertambah. Paling ditakuti oleh setiap orang ketika ini adalah jangkitan wabak terhadap golongan berusia terutamanya ibu bapa kita. Namun jika ia ditakdirkan berlaku, siapa kita untuk menidakkan hal tersebut.

Berita sedih sehari sebelum sambut hari lahir

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin Faqihah apabila memaklumkan bapanya telah dibawa ke pusat kuarantin dengan ambulans sehari sebelum hari lahirnya. Menurut Fatin, khabar tersebut benar-benar membuatkan mereka sekeluarga pilu kerana ayah sudahpun memberi duit untuk membeli kek dan belon bagi mengadakan sambutan hari lahir bersama keluarga seperti yang dilakukan saban tahun.

Semua ahli keluarga kena swab test

Dia yang berkongsi video dengan tangisan itu mengakui begitu sedih memikirkan bapanya dan seluruh ahli keluarga turut dikehendaki melakukan swab test serta kuarantin kendiri selama 14 hari kerana menjadi kontak rapat bapa. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada Fatin. Mereka juga mendoakan agar bapanya serta ahli keluarga segera sembuh dan bebas daripada wabak maut ini. Mereka turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir yang ke-19 tahun buat pengguna TikTok berkenaan.

Sumber:  ftnn