Salah seorang ahli keluarga Caprice telah pergi selamanya. Tapi ada satu hajat yang tak tercapai lagi sampai buat dia rasa terkilan.

Berita Viral

Masih berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sedih berhubung kehilangan nenek tersayang pada pagi Selasa. Tanpa berkongsi maklumat terpeinci mengenai punca kehilangan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa terkilan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa 4rwh tinggal bersama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian Caprice di Instagram miliknya.


Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allhyrh4m. Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jnz4h 4rwh seperti yang mana dijanjikan sebelum ini. Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji bahawa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga. Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah,” tulisnya lagi.

Caprice berangkat ke Plst1n pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Rap, Caprice

Caprice atau Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi. Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial. Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.

Sumber : Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas ikuti perkembangan isu Caprice Nadir dan UEL. Sekali peguam Nor Zabetha tampil jelaskan sesuatu ini pula.

Dua tiga hari ini, saya mengikuti perkembangan isu yang dibangkitkan Caprice, tulisan saudara Nadir Al-Nuri, diikuti dengan video penjelasan Ustaz Ebit. Hanya menjadi pemerhati, saya membaca dan mendengar video-video. Kemudian saya baca komen-komen dan pandangan, nasihat, asas dan penilaian penulis-penulis yang di media sosial yang mengikuti isu-isu ini. Banyak pengetahuan baru yang saya dapat dan pelajari juga.

Sekadar menjadi pemerhati. Saya tidak mahu komen pandangan saya terhadap setiap satu kenyataan, siapa betul atau siapa salah? Sokong team yang mana atau hujahan mana yang saya percaya. Untuk bacaan sendiri, cukup saya ambil tahu isu semasa. Cukup saya baca ilmu dan mana berfaedah saya simpan dan semat dalam hati dan minda saya.

Misalnya tulisan saudara Furqan Abdullah tentang sejarah penjajahan Palestine, kalau hendak membaca buku sendiri. Lama juga masa yang bakal diambil. Beliau rumuskan semua, ringkas dan padat. Mereka yang terlibat seperti Caprice, Nadir dan UEL, telah berkongsi penulisan, Live dan versi masing-masing. Meletakkan versi yang mana salah dan betul itu, bukanlah mudah tanpa disokong oleh bukti. Jadi sebenarnya, tidak boleh kita adili tanpa disokong dengan bukti.

Kalau di mahkamah, saya rumuskan dan pendekkan prosesnya bagi dkwaan/tdvhan jny4h atau tntvtan sv1l. Bagaimana pembuktiannya, bolehkah hanya sekadar percakapan atau penerangan tanpa disokong bukti-bukti ini sudah mencukupi? Pertama sekali, sama ada ks jny4h atau sv1l yang paling utama adalah fakta kes dari segi pertdvhan atau tntvtan, berjalan seiring dengan bukti-bukti yang telah disiasat bagi tujuan dkwa4n atau menyokong tuntutan.

Kemudian peringkat pembela4n. Jadi kalau ada dkwaan atau tdvhan, orang yang ditdvh atau dituntut ada ruang untuk membela diri dan mempertikaikan kesahihan tuntutan atau dkwa4n sama ada disokong oleh bukti-bukti. Bukti-bukti perlu dikemukakan di mahkamah sewaktu memberi keterangan. Tidak semestinya kesemua bukti akan diterima mahkamah.

Misalnya ada resit yang mengatakan bayaran untuk tujuan sekian dan pihak penentang mencabar bahawa resit ini mungkin tidak benar atau diada-adakan. Jadi pihak yang mengemukakan resit perlu memanggil saksi yang mengisukan resit. Begitulah pembuktian di mahkamah.

Kadangkala boleh berhujah kerana satu bukti yang diberikan itu adakah patut diterima mahkamah atau tidak. Sepanjang saya menjadi peguam, ada bukti bahagian besi enjin kereta dibawa ke mhkam4h, potongan jenis kayu balak, dokumen, gambar-gambar dan pelbagai lagi.

Hendak kemukakan satu kes bukan mudah, tidak boleh hanya cakap-cakap kosong sahaja.

Begitulah pengalaman saya dalam membuktikan sesuatu di mahkamah, jadi setiap kali apabila ditanyakan kepada saya, apa pendapat puan tentang isu itu dan ini? Selagi mana tidak melihat dokumen, selagi mana saya tidak membuat bacaan lanjut tentang sesuatu isu, saya tidak berani komen. Jadi apabila berlaku isu semasa seperti melibatkan nama-nama insan-insan yang sangat memberi signifikasi kepada masyarakat ini, saya tidak boleh rumuskan atau memberi pendapat tanpa melihat bukti-bukti.

Hendak mengemukakan dan memtvskan kes di mahkamah, semuanya berdasarkan soalan-soalan yang bakal dikemukakan disokong dengan bukti-bukti. Tidak sama caranya membuktikan kes di media sosial ini. Di media sosial, kita bebas dengan pendapat masing-masing, kita putuskan sendiri mengikut pandangan dan amatan kita sendiri. Setakat hari ini, kita mendengar semua penjelasan masing-masing tetapi tidak kita lihat secara jelas segala pembuktian yang ada dari mana-mana pihak. Sama ada bukti itu sahih, boleh dicabar, juga adalah satu perkara.

Hendak memutuskan dan menilaikan juga masih terlalu awal. Tetapi itulah seperti saya tulis sebelum ini, media sosial ini memang gelanggangnya untuk mengemukakan rasa dan pendapat masing-masing. Memandangkan isu ini telah pun diketengahkan, jadi memang menerima reaksi dari warganet itu adalah biasa, sama ada yang negatif atau positif. Kita tidak boleh kawal pandangan dan pandangan media sosial ini. Semua berhak memberikan pandangan masing-masing.

Cumanya dalam memberikan pandangan, biarlah kita ini mengamalkan suruhan agama, jangan menambah ftn4h, jangan mem4k1 h4mvn dan menc4rvt, jangan mengh1n4 dan kita jaga adab. Kita nilai dengan bijak dan kita ambil iktibar, banyak hikmah yang boleh kita pelajari.

Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.