Seller jual penampar online serendah RM0.36. Tapi ramai pula yang beli dan puas hati.

Hiburan Lawak

Kadang-kadang bila kita geram atau tak puas hati dengan orang, kita memang rasa nak bagi penampar sedas. Tapi, disebabkan kita boleh kena saman kalau main tampar orang sesuka hati, kita tahan je lah kan?

Tapi kalau korang geram sangat dan tak tahu macam mana nak lepaskan perasaan, jangan risau! Dekat Shopee ada orang jual “Tamparan Online” tau. Betul ni!

Perkhidmatan yang seller ni tawarkan adalah dengan menghantar gambar telapak tangan menunjukkan tamparan kepada orang yang korang nak beri penampar bersama mesej “istimewa”.

Yang penting service ni dia jual murah je, harga tamparan adalah dari RM0.37 ke RM0.47 bergantung kepada jenis tamparan yang dipilih.

  • Tangan biasa – Seller akan hantar gambar telapak tangan melalui WhatsApp dengan mesej istimewa dari pelanggan.
  • Tangan HD – Seller akan hantar gambar HD melalui dokumen dan akan kejutkan orang yang menerima bila dokumen dibuka.

Untuk pengetahuan korang, penjual ni dah berjaya menjual tamparannya kepada 210 pelanggan tau! Daripada jumlah ni, 114 pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dekat bawah ni adalah antara tamparan yang dihantar:

Pun begitu, link asal penjual ini telah pun dipadamkan oleh pihak Shopee dan kini dia berkhidmat di bawah link yang baru, so kalau korang nak order tamparan dari seller original, korang boleh klik sini.

Seronok juga kalau kenakan dekat family member ni.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Published October 8, 2021