Berita baik untuk penerima vaksin Astazeneca dah boleh mula semak tarikh temu janji dos kedua di Mysejahtera.

Berita

Tarikh temujanji bagi suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ) kini sudah mula tersedia di aplikasi MySejahtera. Justeru, individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca dos pertama diminta untuk tidak lupa menyemak tarikh masing-masing.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa lebih satu juta penerima suntikan pertama AZ akan menerima notifikasi secepat mungkin untuk suntikan yang kedua. Tidak cuma itu, suntikan kedua ini juga akan dipercepatkan daripada 12 minggu kepada sembilan minggu sahaja, lapor Bernama. Jadi, korang jangan lupa ya check aplikasi MySejahtera masing-masing agar tidak terlepas tarikh temujanji tersebut.

Sumber: MySejahtera