Semalam tular kes buang sampah dari kenderaan. JPJ Kelantan akhirnya keluarkan kenyataan berhubung tindakan wanita tersebut

Viral

Pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau tirai besi maksimum enam bulan, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.Merujuk kepada satu klip video yang tular semalam, jabatan itu berkata pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik sebuah kenderaan berhubung tindakan seorang wanita melontar sampah keluar dari kenderaan tersebut yang dipercayai berlaku di Kelantan.

Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, demikian menurut kenyataan itu.Menurut jabatan itu lagi, pelaku yang mengulangi kesalahan sama akan berdepan hukman denda hingga RM4,000 atau tirai besi tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.

Semalam, tular satu klip video memaparkan sebuah kenderaan berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai dengan melontarnya melalui tingkap kenderaan itu.Tindakan wanita itu dikecam pengguna media sosial yang mengkritik perbuatannya sebagai tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.Sumber: BERNAMA

Tular Video Selamba Wanita Ini Buang Sampah Keluar Dari Kereta. Terkini Wanita Terbabit Dedahkan Ia Bukan Sampah Tapi Sesuatu Ini

Hari ini tular di media sosial apabila tindakan seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di negeri ini mendapat kritikan warganet yang menanggap perbuatan tersebut sebagai ‘tiada sivik’.Dalam pada itiu, seorang pelayar internet tampil mendedahkan yang pelaku sebenarnya mahu membuang sak4 selepas pulang dari berubat

Menurut pelayar tersebut lagi, piha’ mereka telah di suruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang sak4 tersebut ke dalam arus sungai.Beliau juga memohon semua pihak agar menghentikan sebarang penyebaran video dan menghentikan sebarang mak4ian terhadap keluarga terbabitSejauh mana cerita tersebut belum dapat dipastikan lagi

Video berdurasi 20 saat itu mula viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.Rata-rata warganet menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan b3ncana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.

Netizan Kongsi Alamat.Kemarahan warganet kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat.Dalam pada itu, netizan terus me gvtuk tindakan tidak bertanggunjawab tersebut

“Sikap man..sekrg perlu di jg terutama zaman tgah viral skrg..jgn bg malu dgn perangai kita yg tk senonoh tu..harap2..kite semua berhati2..semasa nk buang sampah..” Dah tahun 2021 ni mentaliti masih kelas dunia ketiga. Harap pihak berkuasa segera ambil tindakan tegas kpd pelaku tersebut supaya dpt dijadikan pengajaran kpd org2 yg tiada kesedaran sivik ni..selagi kita xbertegas selagi tu la persekitaran kita kotor kerana sikap2 org yg mcm ni.. Sy pernah bawa kawan dr Jepun utk mandi di Pantai Irama Bachok.. Sudahnya mereka xjd mandi tp jd operasi mengutip sampah di kawasan pantai..dgn bekas makanan, pampers, botol2 minuman.. malunya kami masa tu.”

Denda Jika Buang Sampah Dalam Sungai.KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu melarang rakyat Malaysia daripada membuang sampah ke dalam sungai dengan menguatkuasakan hukuman denda bagi memastikan sungai kekal bersih dan sihat, seorang pakar pengurusan air antarabangsa mencadangkan pada Selasa.

Profesor Roger A Falconer, pensyarah pengurusan air daripada Cardiff University, United Kingdom (UK), berpendapat kaedah itu adalah antara perkara yang boleh ditambah baik oleh Malaysia.Beliau mencadangkan supaya Malaysia mencontohi kaedah yang dilaksana UK iaitu mendenda semua pesalah itu dengan denda yang tinggi.

“Ramai orang membuang sampah ke dalam sungai. Perkara sama berlaku di negara saya 20 tahun dahulu.“Sekarang kalau anda buang sampah dan anda ditangkap, anda akan teruk didenda. Seseorang pernah berkata kepada saya, bayaran denda itu sangat tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.

“Seperti juga memandu laju, jika rakyat merasakan mereka akan terlepas, mereka akan pecut tetapi jika mereka fikir mereka mungkin tertangkap dan didakwa, mereka tidak akan memecut. Jadi anda perlu bertegas,” katanya

Beliau ditemui Bernama selepas menghadiri Forum Khas Matlamat Pembangunan Lestari pada Kongres Dunia Persatuan Antarabangsa Kejuruteraan Hidro-Alam Sekitar dan Penyelidikan (IAHR) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Selasa.Bagaimanapun, Prof Falconer menyatakan rasa kagumnya dengan pendekatan Malaysia dalam tebatan banjir, yang menurutnya negara ini berada pada landasan betul dan menjadi contoh kepada dunia.

“Dalam pengurusan banjir, banyak yang anda lakukan di sini lebih baik daripada negara lain. Banyak pihak di seluruh dunia patut belajar daripada Malaysia.“Ketika saya menganjurkan satu majlis beberapa tahun lalu, kami bercakap mengenai bagaimana Malaysia menangani ribut dan hujan lebat. Longkang di sini mempunyai kedalaman satu meter dan longkang kami tidak sedalam itu serta tidak direka untuk menghadapi banjir kilat.

“Terowong Smart dan sungai diurus dengan bagus bagi menghadapi banjir, lebih baik berbanding negara lain,” katanya.Mengulas mengenai empangan di Malaysia, Persiden Suruhanjaya Antarabangsa bagi Empangan Besar Prof Dr Anton J. Schleiss berkata Malaysia merupakan contoh bagi empangan air pelbagai guna yang dibina dengan pelbagai fungsi seperti perlindungan banjir dan pembekalan tenaga selain untuk bekalan air.

“Anda (Malaysia) sangat bagus berbanding dengan negara lain dan wajar dijadikan contoh,” katanya.Kongres ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa dan berakhir pada 18 Ogos depan.Diasaskan pada 1935, IAHR adalah organisasi bebas bagi jurutera dan pakar air, bekerja dalam bidang sains alam sekitar-hidro dan yang berkait dengannya. – Bernama.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

KEBERSIHAN adalah suatu yang dicintai ALLAH. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. ALLAH itu bersih, Dia menyukai kebersihan. ALLAH itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. ALLAH itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (Riwayat al-Tirmizi)

Orang tua-tua pernah berkata bahawa jika hendak tahu sama ada seseorang itu pembersih atau tidak, tengoklah tandas di rumahnya.Ada benarnya kata-kata tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui, orang yang pembersih akan menjaga kebersihan di mana sahaja. Dia pasti tidak selesa dengan suasana yang kotor.

Jika dia cintakan kebersihan, dia bukan sahaja akan menjaga kebersihan di rumahnya sahaja, malah di mana-mana tempat sekalipun dia akan pastikan kebersihan dijaga.Dalam menjaga kebersihan itu, janganlah kita buang sampah merata-rata. Perbuatan ini juga melambangkan peribadi seseorang itu.

Seperti mana yang berlaku dalam video yang tular baru-baru ini, sempat dirakamkan perbuatan wanita ini yang dengan tanpa rasa bersalah membuang sampah keluar dari kereta.Kejadian berlaku ketika jalan tengah sesak, kereta itu ketepi bahu jalan dan wanita dalam kereta itu keluarkan badannya dari tingkap lalu campakkan beg plastik dipercayai sampah.

Orang ramai yang menonton video ini luahkan rasa tidak puas hati terhadap wanita terbabit, masing-masing kecewa dengan sikap segelintir manusia yang tanpa rasa bersalah sanggup buang sampah merata-rata tempat.Harap-harap perbuatan ini tidak dicontohi oleh orang ramai.Jadilah rakyat Malaysia yang pembersih dan mengambil tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan biarpun ada pihak yang sudah diberi tanggungjawab khas terhadap tugas pembersihan.

Sampai bila mahu buang sampah merata-rata.KITA semua memang benci dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menjaga kebersihan terutama di tempat-tempat awam.Sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar akan berubah.

Kemarahan Merak Jalanan begitu membuak-buak kerana ada beberapa individu kini menjadi sukarelawan untuk mengutip pelitup muka yang dibuang di merata-rata tempat.Bayangkan penduduk di Kampung Sijangkang Sempadan Batu 7, Kuala Langkat, Selangor yang menganjurkan Program Kayuh Kutip Kumpul Lupus Nyah Covid-19 kelmarin telah mengutip sebanyak satu tan pelitup muka dan sampah kecil dalam jarak lima kilometer selama empat jam.

Tidak cukup dengan itu, sebuah laman Facebook yang mengkhusus dalam aktiviti berkhemah turut memuat naik banyak gambar yang menunjukkan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong telah dicemari dengan sampah.Memang kalau hendak cari salah, sepatutnya perkara itu menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, kita juga harus mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Mentaliti kita harus berubah jika kita ingin menjadi seperti negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh, rakyat Jepun boleh dijadikan model terbaik dalam hal-hal berkaitan disiplin dan kebersihan.Lihat sahaja longkang-longkang di negara matahari terbit itu yang begitu bersih sehingga ikan-ikan dapat hidup dengan baik.

Ada seorang teman memberitahu Merak Jalanan, disebabkan Jepun sering dilanda musibah seperti tsunami dan gempa bumi menyebabkan mereka begitu menghargai erti sebuah kehidupan.Adakah apabila Malaysia dilanda musibah, baru kita hendak menyesal pada kemudian hari dan mula menghargai apa yang ada di sekeliling kita?

Identiti wanita buang sampah dlm sungai dikena pasti. Netizan siap kongsi alamat

KOTA BHARU – Tindakan seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di negeri ini mendapat kritikan warganet yang menanggap perbuatan tersebut sebagai ‘tiada sivik’.Video berdurasi 20 saat itu mula viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Rata-rata warganet menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.

Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan b3ncana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik. Warganet Kongsi Alamat.Kemarahan warganet kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat

Dalam pada itu, netizan terus me gvtuk tindakan tidak bertanggunjawab tersebut.Sikap man..sekrg perlu di jg terutama zaman tgah viral skrg..jgn bg malu dgn perangai kita yg tk senonoh tu..harap2..kite semua berhati2..semasa nk buang sampah..

” Dah tahun 2021 ni mentaliti masih kelas dunia ketiga. Harap pihak berkuasa segera ambil tindakan tegas kpd pelaku tersebut supaya dpt dijadikan pengajaran kpd org2 yg tiada kesedaran sivik ni..selagi kita xbertegas selagi tu la persekitaran kita kotor kerana sikap2 org yg mcm ni.. Sy pernah bawa kawan dr Jepun utk mandi di Pantai Irama Bachok.. Sudahnya mereka xjd mandi tp jd operasi mengutip sampah di kawasan pantai..dgn bekas makanan, pampers, botol2 minuman.. malunya kami masa tu..

Denda Jika Buang Sampah Dalam Sungai

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu melarang rakyat Malaysia daripada membuang sampah ke dalam sungai dengan menguatkuasakan hukuman denda bagi memastikan sungai kekal bersih dan sihat, seorang pakar pengurusan air antarabangsa mencadangkan pada Selasa.Profesor Roger A Falconer, pensyarah pengurusan air daripada Cardiff University, United Kingdom (UK), berpendapat kaedah itu adalah antara perkara yang boleh ditambah baik oleh Malaysia.

Beliau mencadangkan supaya Malaysia mencontohi kaedah yang dilaksana UK iaitu mendenda semua pesalah itu dengan denda yang tinggi.“Ramai orang membuang sampah ke dalam sungai. Perkara sama berlaku di negara saya 20 tahun dahulu.“Sekarang kalau anda buang sampah dan anda ditangkap, anda akan teruk didenda. Seseorang pernah berkata kepada saya, bayaran denda itu sangat tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.

“Seperti juga memandu laju, jika rakyat merasakan mereka akan terlepas, mereka akan pecut tetapi jika mereka fikir mereka mungkin tertangkap dan didakwa, mereka tidak akan memecut. Jadi anda perlu bertegas,” katanya

Beliau ditemui Bernama selepas menghadiri Forum Khas Matlamat Pembangunan Lestari pada Kongres Dunia Persatuan Antarabangsa Kejuruteraan Hidro-Alam Sekitar dan Penyelidikan (IAHR) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Selasa.Bagaimanapun, Prof Falconer menyatakan rasa kagumnya dengan pendekatan Malaysia dalam tebatan banjir, yang menurutnya negara ini berada pada landasan betul dan menjadi contoh kepada dunia.

“Dalam pengurusan banjir, banyak yang anda lakukan di sini lebih baik daripada negara lain. Banyak pihak di seluruh dunia patut belajar daripada Malaysia.“Ketika saya menganjurkan satu majlis beberapa tahun lalu, kami bercakap mengenai bagaimana Malaysia menangani ribut dan hujan lebat. Longkang di sini mempunyai kedalaman satu meter dan longkang kami tidak sedalam itu serta tidak direka untuk menghadapi banjir kilat.

“Terowong Smart dan sungai diurus dengan bagus bagi menghadapi banjir, lebih baik berbanding negara lain,” katanya.Mengulas mengenai empangan di Malaysia, Persiden Suruhanjaya Antarabangsa bagi Empangan Besar Prof Dr Anton J. Schleiss berkata Malaysia merupakan contoh bagi empangan air pelbagai guna yang dibina dengan pelbagai fungsi seperti perlindungan banjir dan pembekalan tenaga selain untuk bekalan air.

“Anda (Malaysia) sangat bagus berbanding dengan negara lain dan wajar dijadikan contoh,” katanya.Kongres ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa dan berakhir pada 18 Ogos depan.Diasaskan pada 1935, IAHR adalah organisasi bebas bagi jurutera dan pakar air, bekerja dalam bidang sains alam sekitar-hidro dan yang berkait dengannya. – Bernama