Suntikan 3 dos vaksin mampu tingkatkan antibodi sampai sebanyak ini. Kini Pfizer minta kebenaran untuk suntikan ketiga.

Kesihatan Pengetahuan

Sejak awal kemunculan virus Covid-19 pada Disember 2019, hampir 4 juta individu seluruh dunia dilaporkan telah maut akibat jangkitan virus berkenaan. Seperti yang kita sedia maklum, virus ini mempunyai kebolehan untuk bermutasi dan menjadi lebih kuat seterusnya menyebabkan ia lebih mudah tersebar dan menjangkiti orang ramai selain memberikan kesan yang lebih serius.

Namun begitu, pengeluar vakzin Pfizer-BioNTech baru-baru ini mengumumkan mereka dalam perbincangan bagi mendapatkan kelulusan untuk pemberian dos ketiga vaksin berkenaan setelah data awal daripada kajian mereka mendapati dos ketiga boleh meningkatkan antibodi seseorang kepada 5 hingga 10 kali ganda terhadap varian Beta yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan berbanding dua dos pertama.

Dalam masa yang sama, syarikat berkenaan turut menjangkakan dos ketiga berkenaan bakal menunjukkan prestasi yang baik terhadap strain Delta yang menular dengan mudah dan menjadi dominan dengan cepat di seluruh dunia. Syarikat tersebut juga mendkwa terdapat penurunan terhadap keberkesanan vaksin tersebut di 1srl selepas enam bulan dan disebabkan itu, mereka bersedia menawarkan dos ketiga selepas 6 hingga 12 bulan daripada vaksinasi penuh untuk melawan varian terbaru. “Kami percaya bahawa dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa enam hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh” tambah syarikat berkenaan lagi.

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.