Lana Nordin tampil lagi dengan kritikan terhadap DG Hisham. Ramai yang terkejut dengan pendedahan Lana dan ini yang warganet harapkan pada DG Hisham.

Viral

Rentetan isu kerajaan dikatakan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah apabila sengaja mengadakan ‘parlimen lockdown’ atas keputusan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pelakon Lana Nodin seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada segelintir warganet yang selama ini lancang mengkritik kelantangannya yang tular baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, kekal dengan pendirian dan ketegasannya agar Noor Hisham meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu dalam institusi kesihatan negara itu. “Ada juga orang buka mata akhirnya. Baru anda tahu siapa hero, siapa zero. Baru rakyat tahu,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu. “Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen sambung bersidang sebagaimana dijadualkan tapi Ketua Pengarah Kesihatan berpendapat, parlimen tak boleh bersidang sebab Covid-19 sedang menular. Jadi, siapa lebih berkuasa? Dan, nak dengar cakap siapa?,” soalnya seraya menyertakan tanda pagar, #StepDownDG.

Dalam platform media sosial media, Twitter, ramai dalam kalangan warganet mula melahirkan kekecewaan dan mengharapkan Noor Hisham berhenti diperkotak-katikkan ahli politik dan menjalankan tugasnya dengan intergriti.

“Kekecewaan paling terbesar hari ini adalah DG Hisham,” tulis seorang warganet. Sohor kini dalam laman sosial berkenaan, bagaimanapun ramai juga dalam kalangan warganet yang tampil mempertahankan Noor Hisham. Saya percaya, DG Hisham adalah seorang doktor bukan ahli politik. Saya percayakan doktor lebih daripada saya percayakan ahli politik. DG Hisham, kalau anda baca tulisan ini, buat yang terbaik buat kami (rakyat). Saya percayakan dengan anda sepenuh hati walaupun yang lain tidak. Tolong selamatkan negara,” tulis seorang warganet lain.

Terdahulu, Lana lantang mengkritik Noor Hisham dan menggesa agar segera meletakkan jawatan kerana apa yang berlaku dalam sistem kesihatan negara sekarang seperti ‘cakap tidak serupa bikin’. Semalam, selepas ditangguh dua kali, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis sekali lagi ditangguh iaitu pada pukul 5.15 petang.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd. Rashid Hasnon. Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan COVID-19.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan..” Belum pun sempat beliau menghabiskan kenyataan, keadaan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen mula mempertikaikan kenyataan itu. Sumber – K! ONLINE

Baru je nak ketengahkan perkara yang tak betul sekali tak pasal pasal dikritik. Ini punca sebenar Lana Nordin tak puas hati dengan DG Hisham.

Akibat tidak memahami isu pokok yang cuba diketengahkan Lana Nordin, aktres itu teruk dihentam warganet susulan tindakannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan. Tegas Lana atau Mazlina Hassan Nordin, 41, mesej yang ingin disampaikannya menerusi gesaan tersebut ialah mengenai kewibawaan Dr Noor Hisham dan pasukannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani wabak Covid-19 di negara ini

“Salah ke saya bersuara? Saya pun tak kenal dia, tapi maaf cakap… apa yang dia buat ini tak betul kerana dia tak telus. Kalau dia telus tak jadi macam ni. Sudah berapa lama kita duduk rumah tapi kes makin meningkat.Perkongsian Lana di Instastory berhubung isu pematuhan SOP.“Ada benda yang tak kena? Kes dari mana ni? Entah-entah orang selsema biasa pun dikatakan Covid-19,” katanya. Pada Isnin lalu, Lana menerusi rantaian perkongsian di Instastory menarik perhatian ramai apabila dia mempertikaikan peranan yang dimainkan Dr Noor Hisham.

Malah Lana turut berkongsi video amatur yang dirakam invididu tidak dikenali membabitkan prosedur operasi standard (SOP) petugas kesihatan ketika menguruskan jnz4h individu Covid-19. “Saya pertikaikan pematuhan SOP dalam kalangan petugas KKM sendiri. Kita diberitahu kalau seseorang itu pergi buat selamanya sebab Covid-19, jnz4h tidak boleh diuruskan oleh ahli keluarga sebab bahaya, sampai jnz4h perlu dibalut.

Pernah ke saya melalak yang bukan-bukan, saya bukan jenis attention seeker, apa yang saya cakapkan itu benar.

“Tapi tengoklah video yang saya kongsikan tu, ada individu dilihat tak pakai PPE (peralatan pelindung diri). Video tu frontliner juga yang rakam, mungkin dia nak beritahu kita sesuatu… nak tunjukkan SOP di hospital. Saya tak cakap pun Covid-19 is not real, tapi untuk menakut-nakutkan orang itu tidak baik,” katanya.

Bercakap tentang SOP, Lana turut mempertikaikan pematuhan garis panduan tersebut oleh Dr Noor Hisham sendiri. Dia merujuk kepada perkongsian seorang warganet di media sosial membabitkan Dr Noor Hisham yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang awam di pejabatnya

“DG (Director General) selalu cakap fasal sistem, jaga SOP semua tu… tapi ni Pejabat, itu bukan rumah dia, jadi salah kestatement saya tu? Saya marah… kalau DG bagus, kita duduk rumah (selama) ini lockdown, tapi kenapa kes makin tinggi? Sebelum ini pernah ke saya melalak yang bukan-bukan, saya bukan jenis attention seeker, apa yang saya cakapkan itu benar,” katanya lagi.

Dalam pada itu mengulas tentang kata-kata sinis warganet yang menggesa agar dia pulang ke negara kelahiran suaminya, David Mckienzie di Amerika Syarikat (AS), Lana berkata dia juga tidak sabar untuk berbuat demikian.

“Saya memang nak balik, saya stuck di sini sebab ada penggambaran bulan Januari lalu. Kalau di AS, saya lagi bebas, suami boleh keluar bekerja cari duit. Duduk sini buat apa… duduk rumah sahaja. Ini bukan kehidupan bagi anak-anak saya. I don’t care Malaysia ke USA ke… janji ada life. Mereka kat sana pun ada Covid-19 macam kita tapi kenapa di sini susah sangat nak (beri kita) keluar,” katanya lagi. Lana berkahwin dengan David pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4, dan William Daud Mckienzie, 3.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.