Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah. Ramai jatuh hati tengok penampilan Izara Aishah Ketika Makan Malam.

Artis inspirasi Kecantikan keluarga Selebriti

Sekali lagi mencuri tumpuan, pelakon Izara Aishah tampil jelita dengan busana putih ala hari nikah ketika sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran bertempat di ibu kota.

Jelas Izara, makan malam berdua itu diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu.

Momen indah itu turut dikongsikan Izara menerusi beberapa hantaran di media sosial untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam foto tersebut, Izara telah mengenakan sepasang jubah putih longgar putih berseri dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji busana yang dipakainya serta kecantikan semula jadi pelakon itu.

Salam, cantiknya awak! Macam nak pergi nikah..” sahut seorang lagi peminat.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka daripada pengguna media sosial.

Sekadar info, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri penyanyi tersohor negara, Adib Khalid pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Waktu Shoot Tudung Izara Aishah Minta Ini. Peminat Berasa Gembira Dengan Perubahan Izara.

Usahawan kosmetik terkenal Ashh&Annas berkongsi permintaan pelakon Izara Aishah sewaktu sesi penggambaran koleksi tudung terbaharunya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashh&Annas merakamkan gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan.

“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.

Selain itu Ashh&Annas juga turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.

Video:

https://www.instagram.com/reel/CUgxCCPp8SK/?utm_source=ig_web_copy_link

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya.

Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung berkenaan.

Untuk info, Izara tampil dengan imej bertudung pada 13 Ogos lalu.

Perkara itu ternyata membuatkan peminatnya berasa gembira dengan perubahan Izara ke arah yang lebih baik.

Bukan hanya berhijab, Izara juga bertindak memadamkan gambar-gambar lamanya di Instagram.

Sumber:Gempak.