Ramai yang tertanya tarikh pernikahan Kamal Adli dan Uqasha. Sekali dikhabarkan berlangsung dalam minggu ini.

Perkahwinan Viral

Khabar angin mengenai tarikh pernikahan selebriti terkenal Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang dikhabarkan bakal berlangsung minggu ini semakin bertiup kencang dalam media sosial. Desas-desus tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah lagi majlis parti bujang yang meraikan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di sebuah kediaman di ibu negara malam tadi.

Dalam majlis bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha anggun mengenakan busana gaun kembang dan beropol berwarna merah manakala ahli keluarga dan rakan terdekat pula memakai pakaian serba hitam. Antara momen paling menarik perhatian ramai ialah apabila Uqasha turut bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut. Menerusi beberapa perkongsian video, antara yang hadir pada majlis tersbeut ialah Nelydia Senrose, Aprena Manrose dan Nadiyah Shahab.

Sementara itu, dalam ruangan komen pula terdapat warganet yang membuat telahan bahawa majlis pernikahan Uqasha dan Kamal bakal berlangsung pada minggu ini. Meskipun begitu, Uqasha mahupun Kamal masih mengunci mulut mengenai tarikh hari bahagia mereka sehingga hari ini. Semalam, Kosmo! melaporkan Uqasha dilihat menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka kelmarin.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu. Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka. Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus CvdI9 yang semakin membimbangkan. Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik CvdI9, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.