Video sebak bila tengok anggota polis menangis lepas dapat tahu ibu dan ayahnya akan ditidurkan.

Viral

Biarpun dilihat ada penurunan kes jangkitan harian dan pesakit yang berada di tahap 4 dan 5 semakin berkurang, masih ada pesakit-pesakit yang perlu ditidurkan dalam rawatan intubasi dengan dibantu oleh mesin pernafasan. Bagi mereka yang perlu ditidurkan, ia semestinya mendatangkan rasa bimbang dan pilu kepada ahli keluarga.

Berita Harian pernah kongsikan bahawa Ketua Jabatan Anestesiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin berkata, prosedur bius untuk menidurkan pesakit COVID-19 dan pesakit diminta mengucapkan kalimah syahadah bukan menandakan seseorang itu tak sedarkan diri atau tiada harapan hidup.

Anggota PDRM menangis sewaktu bertugas dapat tahu ibu bapa ditidurkan

Seperti dalam video yang tengah viral ini, seorang anggota PDRM tidak dapat menahan air matanya apabila mendapat khabar berita bahawa ibu bapanya perlu ditidurkan, difahamkan pada waktu itu anggota tersebut sedang menjalankan tugas.

https://www.instagram.com/p/CT6FvZCJi_0/

Video yang dikongsikan di Instagram itu telah membuatkan ramai warganet turut sebak apabilanya, ramai yang memberikan sokongan moral dengan mendoakan bahawa kedua orang tua petugas barisan hadapan ini segera sembuh.

Semoga ibu dan ayah kembali sembuh – Warganet

Allahu, tengok dia menangis min pun turut rasa sebak, mudah-mudahan ibu bapanya sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.