Tiada niat menunjuk pergi sarapan menaiki helicopter . Jutawan tidak kekok mengurus ternakan lembu.

categorized

Besut: Sebut sahaja Jutawan Pengutip Sampah pasti ramai terbayang susuk tubuh seorang lelaki berjanggut yang bergerak dengan helikopter dari rumah ke kedai kopi dan pelbagai sikap merendah diri lelaki ini.

Ramai yang teruja melihat kejayaan anak muda berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut itu yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.

Terbaru tular videonya menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut sehingga mencapai 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, masyarakat hanya lihat sisi mewahnya di media sosial namun terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan biasa selain menguruskan ternakan lembunya biarpun kini memiliki aset puluhan jutaan ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui lebih selesa menjalani kehidupan di kampung sambil menguruskan ternakan lembu.

“Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang bergelumang dengan lumpur dan najis lembu.

“Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

“Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat,” katanya.

TANGKAP layar video tular menunjukkan Mohamad Azlan membawa bapanya bersarapan menaiki helikopter.
Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah mengambil ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, untuk ke kedai kopi menjadi tular.

“Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedan pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

“Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang pelik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

“Bagaimanapun, bagus juga tular kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya,” katanya.

Tambahnya, dia tidak memiliki kemewahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kejayaannya dalam bidang hartanah dan perniagaan termasuk produk kesihatan yang dijalankan menjadi inspirasi kepada orang ramai.

MOHAMAD Azlan sedang menguruskan lembu miliknya di kandang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.