Tiz Zaqyah minta golongan anti vaksin move on. Bosan dengan alasan yang diberikan.

Artis Kehidupan Kesihatan Selebriti

Mungkin bosan melihat sikap golongan anti vaksin yang sering memberi pelbagai alasan di media sosial, membuatkan bintang drama bersiri popular Nur Kasih dan Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah berkongsi pandangannya di laman Twitter hari ini.

Minta Anti Vaksin ‘Move On’

Pelakon jelita ini menyuarakan pandangannya, dengan menyifatkan sikap golongan anti vaksin yang sering berdolak-dalih memberi alasan mengenai vaksin sebagai membosankan dan mahu golongan tersebut ‘move on’.

“Cakap saja, anda tidak mahu vaksin sebab anda tidak mahu. Lagi pun anda semua beri alasan yang sama, ianya bosan. ‘Moving on’.” Ciapnya di Twitter

Sekadar info, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak antara selebriti yang aktif di laman Twitter. Selain berkongsi perihal dirinya, Tiz juga gemar mengulas isu semasa yang hangat diperkatakan oleh warganet.

Bak kata Tiz Zaqyah, ‘move on’ sajalah tak perlu beri pelbagai alasan sebab perkara pokoknya diri sendiri memang tak nak ambil vaksin tersebut.

Apa kata anda?

Sumber: Murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Published October 8, 2021