Mengakui dirinya ayah tua .Tony Fernandes bersyukur dan teruja dapat anak perempuan.

Baby keluarga Selebriti

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi gambar anak perempuan ketiganya, Aliyah Ena Fernandes yang selamat dilahirkan semalam pada jam 7.22 am seberat 3.16kg.

Menurut Tony, beliau kembali menyambut kedatangan seorang lagi anak perempuan baharu.

“Jadi inilah sesuatu yang membuatkan anda sedikit tersenyum. COVID-19 membawa banyak kejutan negatif tetapi inilah yang positif.

“Saya menjadi ayah lagi, mempunyai dua anak yang paling hebat dan sekarang mempunyai anak ketiga.

Walaupun usianya sudah mencecah 57 tahun dan mengakui dirinya sebagai ‘ayah tua’ namun dia tetap teruja dengan anugerah yang tidak ternilai ini.

“Aliyah Ena selamat datang ke dunia. AirAsia dilahirkan semula sebagai syarikat digital dan gaya hidup dan saya dilahirkan semula sebagai ‘ayah tua’. Namun teruja kerana mempunyai tiga orang anak yang luar biasa. Saya bersyukur,”

Tony mendirikan rumah tangga bersama dengan Puan Sri Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017.

Tahniah diucapkan buat Tony dan juga Kim atas kelahiran cahaya mata yang sangat comel!

Baru je Tony Fernandes muat naik kereta Tesla yang baru dibelinya. Sekali tak pasal pasal ramai pulak pelanggan tampil minta sesuatu.

Apabila taikun penerbangan, Tony Fernandes memuat naik status kegembiraan dengan kereta Tesla yang baru dibelinya, ruangan komen pula mengkritik kerana polisi Air Asia (AA) yang tidak menyebelahi penumpang.

Dengan penerbangan yang ditunda entah sampai bila, penumpang yang sudah membeli tiket AA sejak tahun lepas mahukan pemulangan wang tunai berbanding janji untuk terbang. Bagi warganet, T20 boleh berbuat apa sahaja dengan wang yang dimiliki namun tidak mahu memulangkan hak yang sepatutnya kepada golongan bawahan mereka. Penindasan kolar putih?

Ni laa kot the dark side yang filem Parasite nak tunjuk. Bukan orang miskin yang jadi parasite orang kaya. But, they actually yang hisap dr4h orang miskin untuk kekal selesa kat atas. Malaysian punya situation lagi teruk because we are too underpaid and overworked. And when people speak up, orang lain suruh bersyukur dan redha dengan penindasan tu.”

Bukan sahaja pelanggan rasa terpedaya namun dikhabarkan kakitangan mereka juga rasa teraniayai kerana diminta bercuti tanpa gaji dan lain-lain? Jadi, kita tunggu apa kata Tony Fernandes pula.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.