Ramai terharu dengan ucapan Kamal Adli buat Uqasha. Kamal beri kad ucapan sempena majlis ini.

Viral

“Saya tak mahu kehilangan awak sayang.” Itu antara kata-kata romantik aktor popular, Kamal Adli yang dititipkan buat Uqasha Senrose dalam sekeping kad ucapan sempena majlis parti bujang ‘bridal shower’ bakal isterinya malam tadi. Berdasarkan perkongsian Uqasha dalam InstaStorynya, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dalam kad tersebut memberitahu kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling hebat yang pernah berlaku kehidupannya.

“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik! Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup,” tulis Kamal dalam kad tersebut.

Tambah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu, dia juga tidak sanggup untuk kehilangan wanita yang dicintainya iaitu Uqasha. “Saya tak mahu kehilangan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini. Nak hidup dan pergi buat selamanya dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak,” katanya lagi.

Malam tadi, Uqasha diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat dalam sebuah majlis parti bujang bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediamannya di ibu negara. Sejak Isnin lalu, desas-desus mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka berlangsung pada minggu ini semakin bertiup kencang selepas Kamal selesai menjalani sesi mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Selain itu, sebuah majlis ‘bridal shower’ yang dianjurkan Uqasha untuk kawan-kawannya pada malam Selasa lalu juga turut menguatkan lagi spekulasi tersebut. Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka.

Untuk rekod, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember 2020 sebelum dilaporkan bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada April lalu. Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik CvdI9, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.