Pihak Berkuasa Telah Kesan Varian Baru Di Satu Kawasan Ini. Sampai Boleh Tersebar Dengan Lebih Pantas Lagi.

Berita

Pihak berkuasa Vietnam telah mengesan satu varian baharu Covid-19 yang merupakan kacukan antara varian India dan varian Britain (UK) baru-baru ini. Menurut laporan,varian terbaharu berkenaan adalah lebih berbahaya serta mampu tersebar melalui udara dengan pantas. Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long menggambarkan varian baharu tersebut adalah kacukan antara varian yang dikesan sebelum ini serta lebih berbahaya.

Vietnam akan menerbitkan data mengenai varian baharu yang dikenalpasti itu dalam masa terdekat. Terdahulu, Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti 4 varian virus tersebut yang menjadi kebimbangan penduduk dunia. Ini termasuk yang muncul pertama kali di India, Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Menurut WHO, varian baharu yang dikesan di Vietnam berasal daripada varian India yang mempunyai mutasi tambahan. Varian terbaharu tersebut didapati mampu mereplikasi dirinya dengan sangat pantas. Pihak berkuasa Vietnam tidak menolak kemungkinan ini yang mungkin menjadi faktor penyumbang kepada kemunculan banyak kes baharu di negara itu dalam waktu yang singkat.

Varian Tersebut Dikesan Di Singapura Yang Membabitkan Remaja Perempuan Berusia 17 Tahun. Ismail Sabri Tampil Dedahkan Sesuatu

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti sempena perayaan Krismas esok, diikuti cuti tahun baharu 2021 minggu depan.

Peringatan tersebut disuarakan beliau kerana bimbang orang ramai mengambil remeh soal pematuhan SOP selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri diberikan beberapa minggu lalu.Tambahnya, orang ramai perlu lebih menitikberatkan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga lebih-lebih lagi selepas dunia digemparkan dengan penemuan varian baharu virus Covid-19 di United Kingdom pada minggu lalu.

“Terbaharu, varian tersebut dikesan di negara jiran kita, Singapura yang membabitkan remaja perempuan berusia 17 tahun. Ini menunjukkan bahawa virus Covid-19 bukan sahaja wujud dalam komuniti malah terus aktif dan berkembang membentuk varian yang lebih berbahaya.”Sempena sambutan Hari Krismas dan cuti tahun baru, ramai yang cuti panjang untuk bersama keluarga. Justeru saya ingin mengingatkan kepada semua agar kita semau titikberatkan kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga,

“Kitalah yang bertanggungjawab dan punyai amanah besar untuk mengekang penularan Covid-19 di mana saja kita berada,” katanya dalam sidang media pada petang Khamis.Pada Rabu, Singapura melaporkan satu Covid-19 dari strain virus UK B117 membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang menuntut di United Kingdom sejak Ogos 2020, kata Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Menurut MOH, sejumlah 31 kes import dari Eropah yang tiba di Singapura antara 17 November dan 17 Disember 2020 disahkan mempunyai jangkitan Covid-19 pada Disember 2020.Kenyataan itu menyebut 12 daripada mereka tidak dijangkiti strain B117, manakala seorang lagi didapati dijangkiti strain itu.

Pelitup Muka Kain Tak Boleh Pakai Buat Selama Lamanya. Berikut 4 Petanda Tanda Pelitup Muka Kain Perlu Ditukar Sebelum Terlambat

Pelitup muka kain bukan jaminan melindungi diri daripada kuman apatah lagi ia sudah digunakan untuk tempoh lama.RAMAI memilih pelitup muka menggunakan fabrik kerana ia bukan sahaja boleh dicuci malah boleh digunakan berulang kali.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.Apakah tanda-tanda and perlu menukar pelitup muka kain anda?Jika pelitup muka sudah dibasuh lebih 30 kali, ia perlu ditukar dengan yang baharu.

1. Tali mula longgar.Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur.Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula ‘berbulu’.Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau ‘bulu’. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali.Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!