Persoal teman wanita pandai tutup aurat tak. Video gadis berpurdah ini buat ramai panas.

Hiburan Islamik Viral Wanita

Tindakan seorang gadis yang menghasilkan satu video di aplikasi TikTok mengundang kecaman dalam kalangan warganet apabila didakwa mempersoalkan mengenai aurat wanita lain.

Seorang pengguna laman Twitter, @317b48 memuat naik semula rakaman video tersebut memaparkan gadis itu bertanya kepada kaum lelaki adakah teman wanita mereka tahu menutup aurat dengan sebaiknya.

“Awek kau cantik? Pandai tutup aurat tak? Tak?? Lemah..,” kata suara itu yang dijadikan sebagai bunyi latar belakang video tersebut.
Video berdurasi 10 saat itu kemudian memperlihatkan beberapa keping gambar gadis berkenaan yang membawa gaya penampilan berpurdah serta pakaian labuh menutup aurat.

Bagaimanapun, perkara tersebut kurang disenangi oleh segelintir warganet yang mendakwa seolah-olah sengaja ‘downgrade’ atau merendahkan martabat kaum wanita yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Warganet berpendapat, dia tidak sepatutnya bersikap riak kononnya ‘terpaling’ muslimah dengan membandingkan penampilan dirinya sendiri dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Selain itu, segelintir individu juga menasihati gadis berkenaan agar memperbetulkan niat dan tujuan sebenar apabila berpurdah kerana penampilan itu bukan berdasarkan fesyen atau trend semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, ada juga mempersoalkan mengenai suara latar belakang video terbabit. Adakah milik gadis tersebut atau dia sekadar menggunakan suara latar daripada video orang lain?

Bukan ‘sound’ dia tu

Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan pemilik suara itu. Namun tinjauan mendapati, akaun TikTok gadis berkenaan sudah bertukar ke mod privasi.

Sumber: Twitter @317b48

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.