Punya kelainan genetik. Wajah remaja ini tiba tiba bertukar seperti nenek umur 50an.

Kecantikan Kehidupan Kesihatan Pelik tapi Benar

Manila: Seorang gadis berusia 16 tahun tiba-tiba kelihatan seperti wanita berusia 50 tahun dalam jangka masa hanya dua tahun kerana gangguan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkannya kelihatan tua.

Portal GMA melaporkan dalam episod Kapuso Mo, Jessica Soho, Raizel Calago mengatakan dia mula menyertai pertandingan kecantikan ketika dia berusia 14 tahun kerana penampilannya yang matang.

Sayangnya, wajah, leher, lengan, dan perutnya mulai mengalami berkedut hanya beberapa hari selepas dia menyedari mengalami ruam di tubuhnya.

“Ini seperti kulit tembikai pahit, kerana ia benar-benar berkedut.

“Saya mengalami tompok yang bermula dengan merah-merah dan gatal-gatal. Sakit apabila disentuh,” kata Raizel.

Menurut Raizel, dia pernah menjalani pemeriksaan dan diberitahu dia mendapat penyakit daripada serangga.

Dia diberi ubat, tetapi tidak memberi kesan.

Selain perubahan fizikal, Raizel mengatakan dia juga menderita sakit belakang.

Akibat perubahan ini, Raizel mengatakan orang sering memberi komen bahawa dia kelihatan seperti berusia 50 tahun.

Selalunya, ada juga yang menyangka ibunya, Joela, 36, lebih muda daripadanya.

“Ini menyakitkan (hati) apabila mereka memberitahu saya anak perempuan saya kelihatan lebih tua daripada saya” kata Joela.

Sejak itu, Raizel mulai keluar dengan wajah dan tubuhnya ditutup dengan pelitup muka, seluar dan jaket, malah sebelum wabak itu melanda dunia.

“Mereka tanya mengapa penampilan saya semakin tua. Saya tidak jawab kerana saya tidak tahu apa terjadi.

“Saya tidak salahkan ibu bapa saya kerana mereka juga tidak tahu,” kata Raizel

Gadis itu mengatakan harapannya hanya mahu kembali normal.

“Saya selalu berdoa supaya menjadi lebih baik, dan kulit dan penampilan kembali seperti dulu.

“Sekiranya demikian, saya dapat bergaul dengan rakan. Saya tidak dapat (berbuat demikian) sekarang kerana malu,” katanya.

Pasukan Kapuso Mo, Jessica Soho membawa Raizel kepada ahli endokrinologi klinikal Dr James Young yang menerusi diagnosis awal menyatakan keadaan itu adalah progeria.

Menurut Dr James, progeria juga boleh menyebabkan penyakit lain dan ujian makmal masih diperlukan.

“Satu masalah yang kita jangka adalah serangan atau kegagalan jantung, juga peningkatan risiko strok,” katanya sambil menambahkan ini biasa dialami pesakit pada usia 14 tahun.

Walaupun Raizel tiada masalah kardiovaskular setakat ini, Dr James mengatakan penting untuk memeriksa bahagian lain tubuh gadis itu.

“Kami ingin tahu apakah ada perubahan kepadatan tulangnya kerana osteoporosis sangat biasa dalam kalangan pesakit progeria.

“Penyakit sendi degeneratif sering terjadi akibat penuaan,” katanya.

Sumber: Hmetro.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.