Minta pulang ke negara asal. Wanita muslim disembur kerana pakai tudung.

Agama Dunia Perkauman Sedih Wanita

VIENNA: Seorang wanita Muslim mendakwa didatangi individu yang tidak dikenali secara fizikal apabila tudung yang dipakainya ditarik serta diludah oleh individu tidak dikenali semasa berada di dalam bas di bandar ini.

Mangsa, Baraa Bolat, berasa terkejut dengan kejadian itu kerana pertama kali dia didatangi individu yang tidak dikenali , baru-baru ini.

“Seorang wanita mendekati saya dan memberitahu supaya kembali ke Turki dengan begitu prejudis disebabkan saya memakai tudung, walaupun saya bukan berasal dari Turki,” katanya kepada Anadolu.

Baraa bagaimanapun tidak menghiraukan serangan rasis itu dan berjalan menuju ke bahagian depan pengangkutan awam tersebut, namun penye­rang tetap mengikutinya dan terus menghinanya.

“Saya buat tidak tahu tetapi dia pula yang meludah saya. Kemudian saya turun dari bas dan dia tetap mengikuti saya sehingga menarik tudung saya.

“Tindakan itu menyebabkan jarum yang berada di tudung mencederakan dagu saya. Saya menjerit tetapi dia tidak berhenti sehingga saya keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambarnya,” luahnya.

Baraa turut berkongsikan insiden itu dalam media sosial dengan wanita itu melarikan diri selepas gambarnya berjaya dirakam.

Jelasnya, dia perlu bersikap tegas terhadap kejadian itu dan semua orang perlu belajar me­ngenainya.

“Tidak kira memakai hijab atau tidak, warna kulit mahupun etnik, tiada sesiapa yang perlu melalui kejadian seperti ini,” tegasnya.

Komen rata-rata warganet selepas kejadian tersebut:

Sumber: IG@baraabolat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.