Wanita tidak makan sayur selama 30 tahun kerana fobia disebabkan ini.

Kehidupan Kesihatan Luar Negara Wanita

LONDON – Seorang wanita yang mempunyai fobia terhadap sayuran menyatakan bahawa dia tidak makan makan makanan tersebut selama 30 tahun, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita  34 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Emma  berkata, dia tidak pernah makan tumbuhan hijau itu kerana mempunyai kegelisahan untuk mencuba makanan baharu.

Emma sebaliknya mengamalkan diet  terdiri daripada kentang goreng, roti bawang putih dan sandwic keju.

Wanita itu muncul dalam siri televisyen Britain, Extreme Food Phobics di mana dia menjelaskan tentang penderitaannya selain turut memaksa diri untuk mengawal rasa fobia itu.

“Saya tidak boleh mencuba makanan baharu kerana hanya memikirkannya sahaja boleh membuatkan saya tertekan,” jelasnya.

Menurut Emma, dia takut untuk mencuba makanan baharu sejak berusia empat tahun dan menyangka ia hanya satu fasa sebelum dibawa oleh ibunya untuk berjumpa  doktor.

Wanita itu mendakwa amalan pemakanannya menjadikan dia mudah penat,  malah salah seorang rakannya turut berkata, mereka bimbang Emma akan menjadi ‘sangat tidak sihat’ akibat amalan pemakanannya itu.

Bagi memulihkan amalan pemakanan itu, Emma menjalani rawatan dengan seorang pakar fobia pemakanan, Anthony Tait.

Tait membawa Emma ke sebuah bilik yang dipenuhi  sayur-sayuran dan satu hidangan berupa buah tomato yang sudah dipotong.

“Ia menjadikan saya sedikit tertekan. Sebaik sahaja melihat sayur-sayuran yang sudah dipotong dan sedia untuk dimakan, saya mula tidak tentu arah, tertekan dan panik,” jelasnya.

Pakar psikologi klinikal, Feliz Economakis turut melakukan hipnosis terhadap Emma untuk mengubah hubungannya dengan makanan dan ketika sesi itu, Emma mencuba beberapa potongan buah epal.

Dia juga  menghadiri sebuah parti di mana dia makan piza yang ditaburi beberapa biji buah tomato ceri di atasnya.

“Saya tidak mempercayai apa yang berlaku hari ini. Bagi orang lain, ini mungkin tidak bermaksud apa-apa namun ia merupakan sesuatu yang penting buat saya,” katanya.  – AGENSI 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.