Warganet kecewa pengunjung Janda Baik pula cemari masjid dengan tinggalkan sampah.

Kehidupan Sedih

Memang tidak dapat dinafikan, rata-rata rakyat Malaysia begitu teruja dengan kelonggaran yang diberikan sekiranya sudah menerima suntikan vaksin. Antaranya kita telah dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti sosial seperti ‘dine-in’ dan beriadah di taman awam seperti air terjun, pantai dan sebagainya.

Jadi dalam beberapa minggu ini, ramai yang mengambil kesempatan membawa keluarga mengunjungi beberapa lokasi menarik di dalam negeri. Tetapi agak mengecewakan apabila terdapat pengunjung yang tidak menjaga kebersihan di tempat awam.

Seperti perkongsian saudara Umar Akbar di laman Family Camping Malaysia ini, tong sampah di hadapan surau Kampung Janda Baik dilimpahi sampah sarap daripada pengunjung.

“Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yang tidak begitu menyeronokkan apabila ramai pengunjung datang ke Janda Baik.


Surau kami di Cemperuh menerima ramai orang datang menunaikan solat. Mereka juga menumpang bilik air dll. Alhamdulillah, kami dapat turut memberi khidmat kepada mereka. Dan ada beberapa orang yang meninggalkan “imannya” separuh dalam tong sampah dan sekitar tiang elektrik di depan surau kami.”- tulisnya


Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, agak menyedihkan limpahan sampah di luar tong. Perkara ini sudah tentu menjejaskan kawasan surau yang menjadi tempat beribadah bagi umat Islam.

Akui sangat kesal dengan segelintir masyarakat yang tidak peka dengan kebersihan taman awam, saudara Umar Akbar terpanggil untuk menasihati para pengunjung yang datang bercuti ke Janda Baik.

“Sedihnya buat perangai macam ni.. tolonglah wahai pengunjung2 yang datang bercuti di Janda Baik ni. Guna kan lah akal anda. Kalau nak benda cantik, kita kena lah sama2 jaga kecantikan nya.”- tambahnya lagi.

Ini bukan kali perkara seumpama ini terjadi. Sebelum ini tular gambar-gambar sebuah taman reaksi Hulu Langat dicemari sampah sarap. Kami nasihatkan anda bersikap adil dengan pengunjung lain dengan menjaga kebersihan di tempat awam.

Sumber: Murai.my.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.