Belum sempat hilang rindu ada pula Individu dedah yuran persekolahan anak Nora Danish.

Artis keluarga Selebriti

Semalam. pelakon Nora Danish menyatakan anak lelakinya iaitu Rayqal yang kini berusia 12 tahun telah menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam video yang dikongsikan, Nora Danish kelihatan gagal menahan air mata ketika menghantar anak sulungnya itu ke sekolah swasta berasrama penuh berkenaan.

‘Yuran boleh buat beli tanah!’

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Mufarwa Farid dipercayai mendedahkan yuran persekolahan yang dikenakan bagi setiap pelajar di Kolej Tuanku Ja’afar. Menurut individu ini, pada awalnya dia menyangka anak lelaki Nora Danish telah menyambung pelajaran di SM Sains Tuanku Jaafar iaitu satu sekolah berasama penuh yang terkenal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rupa-rupanya tanggapan mereka salah.

Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam. Huh? Aku pun cepat-cepat Google.

La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.

Hasil carian di Internet, Mufarwa mendakwa yuran tahunan persekolahan Kolej Tuanku Ja’afar agak tinggi iaitu mencecah puluhan ribu ringgit bagi pelajar peringkat sekolah rendah manakala kos bagi peringkat menengah pula cecah RM100k.

Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh.

Kos yuran sekolah.

Difahamkan, yuran pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar peringkat sekolah rendah adalah berjumlah RM3,350 dan RM5,350 bagi sekolah menengah. Sementara yuran tahunan adalah berbeza-beza mengikut peringkat akademik seseorang pelajar.

Bagi pelajar darjah 1 dan 2, yuran tahunan adalah RM30,360, bagi darjah 3 dan 4 berjumlah RM34,320 setahun manakala yuran tahunan pelajar darjah 5 dan 6 menelan kos RM39,690. Keseluruhan jumlah tersebut tidak termasuk yuran ‘after school care’, jam 3.45p hingga 5.00pm dimana bayaran yang dikenakan adalah RM12,000 setahun.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, bayaran deposit adalah RM25,000. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, yuran tahunan yang perlu dibayar adalah RM87,000 setahun iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menetap di asrama yang hanya membayar RM59,700 setahun. Sementara itu, yuran bagi pelajar tingkatan enam pula adalah RM89,400 setahun.

Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni. Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini.

Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.

Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama.

Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.

Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang.

Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: beautifulnara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.